29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RM14.6 juta aset 1MDB dipulangkan – SPRM

    Shopee Sale

    Kira-kira RM14.6 juta aset yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan, kata SPRM hari ini.

    Jelas SPRM, jumlah RM14,670,676.61 itu termasuk SG$1,388,122.52, AS$85,868.53, NZ$344,163.76, dan AU$3,181,097.67.

    "Ini menjadikan jumlah pemulihan aset 1MDB keseluruhan setakat ini adalah sebanyak RM 29,752,034,475.13 iaitu 70 peratus daripada kira-kira RM42 billion yang dipercayai telah diselewengkan," katanya.

    Dana yang diperoleh telah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah Pemulihan Aset di bawah Kementerian Kewangan (MOF), tambahnya.

    Daripada jumlah itu, RM12,974,730.41 dikaitkan dengan Tan Kim Loong, warganegara Malaysia yang mempunyai hubungan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low), yang dianggap dalang skandal 1MDB.

    MENARIK:  Pemilihan PKR: Bertanding atau tidak, Anwar biar parti tentukan

    Aset itu dipindahkan ke dana MOF pada 18 Februari serta 7 dan 10 Mac, kata SPRM.

    Sebanyak RM1,695,946.20 lagi diperoleh daripada warga Singapura dan bekas jurubank Yak Yew Chee.

    Pada 2016, mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara 18 minggu dan denda SG$24,000 kepada Yak selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan kerana gagal memaklumkan pihak berkuasa mengenai aktiviti perbankan yang mencurigakan berkaitan dengan Jho Low.

    SPRM berkata, aset daripada Yak telah dipindahkan pada 21 Januari lalu.

    Tambah SPRM, kadar pemulihan aset 1MDB adalah hasil daripada usaha bersepadu antara agensi penguatkuasaan dan kolaborasi antarabangsa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah