28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

    Shopee Sale

    Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong kelemahan mata wang negara maju itu selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memberi isyarat yang cenderung kepada kadar faedah rendah.

    Pada 8.01 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.2220/2365 berbanding dolar AS daripada 4.2305/2355 ketika ditutup semalam.

    Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.20 peratus kepada 99.064 mata selepas Pengerusi Fed memberi isyarat peningkatan risiko dalam pasaran buruh.

    Beliau berkata keadaan itu sekali gus meningkatkan jangkaan terhadap pengurangan kadar faedah oleh mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) yang akan datang.

    “Unjuran terbaru oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan ekonomi global dijangkakan berkembang 3.2 peratus pada 2025, semakan naik daripada unjuran pada Julai lepas.

    “Sementara itu, rundingan perdagangan yang diadakan antara AS dan kalangan ekonomi utama lain menunjukkan perkembangan positif, sekali gus memberi kejelasan dasar yang lebih baik berbanding pada April 2025 apabila pasaran tidak bersedia terhadap kejutan atau kesukaran,” katanya kepada Bernama.

    MENARIK:  ULASAN | Sampai bila subsidi minyak boleh bertahan

    Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka menunjukkan prestasi sedikit lebih baik hari ini, dengan pasangan USD/MYR dijangka diniagakan antara RM4.22 hingga RM4.23.

    Bagaimanapun, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

    Unit tempatan susut berbanding euro kepada 4.8988/9156 daripada 4.8879/8937 ketika ditutup semalam, dan lemah berbanding pound British kepada 5.6241/6434 daripada 5.6118/6184.

    Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 2.7840/7938 daripada 2.7808/7843.

    Ringgit juga didagangkan rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

    Mata wang tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9358/9866 daripada 12.8975/9182 ketika ditutup pada Selasa, dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2514/2631 daripada 3.2512/2553.

    Ringgit kurang stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 254.2/255.2 daripada 254.8/255.2, dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.25/7.28 daripada 7.26/7.27.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah