Pelakon, Datin Intan Najuwa menyelar individu yang didakwa iri hati selepas perniagaan kedai kopinya menerima sokongan ramai.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’
‘Busuk hati’

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, meluahkan rasa kesal dengan sikap individu tersebut sekali gus menyifatkan dia mempunyai pemikiran yang tidak sihat.
Mindset apa macam ni? Jadi, bila owner tu dah kaya, awak tak boleh sokong perniagaan dia ke?
Tak tahu apa yang busuk hati sangat.
Menurut Intan, pembukaan kedai kopi itu bukanlah semata-mata untuk keuntungan peribadi sebaliknya membantu mereka yang memerlukan pekerjaan.
Saya buka kedai kopi ini menggunakan modal sendiri dan ia bukan sekadar tentang saya sahaja.
Staf saya juga mempunyai keluarga untuk disara malah beberapa pekerja sambilan saya bergantung kepada pekerjaan ini untuk membayar yuran pengajian mereka.
Dalam sedar atau tidak, dengan pembukaan kedai kopi ini alhamdulillah saya dapat memberikan banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.
Intan turut menasihatkan individu itu agar tidak menyimpan perasaan dengki apabila melihat sesuatu perniagaan mendapat sokongan ramai.
Sebaliknya, dia mengajak untuk mendoakan kejayaan semua usahawan tanpa mengira status mereka.
Janganlah dengki bila nampak orang sokong perniagaan kita.
Lebih baik kita doakan semua peniaga, tidak kira peniaga kecil atau peniaga yang sudah berjaya, agar sentiasa dimurahkan rezeki.
Apabila kita mendoakan perkara yang baik untuk orang lain, kebaikan dan rezeki itu akan kembali kepada kita juga.
Terdahulu, seorang individu mempersoalkan tindakan segelintir netizen yang menunjukkan sokongan terhadap Intan dengan berlumba-lumba membeli kopi yang dijualnya.
Dakwa individu itu, kehidupan Intan sudah mempunyai kehidupan yang mewah dan menyarankan netizen untuk sokongan perniagaan yang kecil.
Sumber: Instagram
The post ‘Jangan Dengki Bila Nampak Orang Sokong Perniagaan Kita, Lebih Baik Doakan Semua Peniaga’ – Intan Najuwa first appeared on OHBULAN!.





