Pempengaruh media sosial, Adib Aidil mencuri perhatian apabila memilih menyertai acara kecergasan HYROX bersama isterinya hanya sehari selepas mereka sah bernikah.
Adib, isteri sertai Hyrox
View on Threads
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads, Adib berkongsi foto bersama isterinya di hadapan papan tanda rasmi Hyrox di Jakarta. Lebih mencuit hati, dia turut berseloroh menerusi kapsyen yang ditulis.
Not Personal Best but Pengantin Baru.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan semangat pasangan berkenaan kerana memilih menyertai acara kecergasan sejurus selepas mendirikan rumah tangga.
Malah tidak kurang juga ada yang berseloroh menyifatkan penyertaan pasangan itu dalam Hyrox sebagai ‘honeymoon’ mereka.
Komen


Sumber: Threads Adib
The post Sehari Selepas Bernikah, Adib Aidil & Isteri Curi Perhatian Sertai Hyrox – ‘Lain Macam Honeymoon Diorang’ first appeared on OHBULAN!.





