33.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Syukur Album Eklektiko Ada Sentuhan Vidi Aldiano, Saya Sentiasa Kenangkan Kolaborasi Ini’ – Isyana Sarasvati

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Isyana Sarasvati, meluahkan rasa syukur atas penerimaan positif terhadap album terbaharunya berjudul ‘Eklektiko’, yang disifatkannya sebagai karya paling peribadi sepanjang perjalanan seninya.

    Artikel Berkaitan: Vidi Aldiano Meninggal Dunia Akibat Kanser

    Kenangan bersama Allahyarham Vidi Aldiano

    Ketika ditemui , Isyana, 33, berkata album tersebut turut menampilkan sentuhan istimewa daripada sahabat baiknya, Allahyarham Vidi Aldiano, menerusi lagu ‘Frenemy’ yang dihasilkan bersama pada tahun 2024.

    Saya sangat bersyukur kerana album Eklektiko ini begitu peribadi buat saya.

    Vidi Aldiano merupakan salah seorang sahabat terbaik saya.

    Saya berasa sangat bersyukur kerana album Eklektiko yang begitu peribadi buat saya turut mempunyai sentuhan dan rasa daripada Vidi Aldiano.

    Saya akan sentiasa mengenang kolaborasi ini.

    Lagu Frenemy, kami hasilkan bersama pada tahun 2024 dan saya harap karya ini akan terus dikenang sampai bila-bila.

    Isyana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Isyana Sarasvati Live In Kuala Lumpur, di Hotel CitizenM, Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Sudah lama rancang anjurkan konsert

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Tetap Dalam Jiwa’, menyifatkan Vidi sebagai seorang yang memiliki semangat juang tinggi, dan tidak pernah memperlihatkan kelemahan yang dihadapinya kepada orang lain.

    Vidi sentiasa mempunyai semangat yang sangat besar.

    Dia tidak pernah menunjukkan kelemahan atau kesukarannya kepada orang lain.

    Kami semua sangat menghargai sikap positifnya, semangat juangnya dan minat yang luar biasa terhadap kehidupan serta muzik.

    Perkara itu benar-benar memberi inspirasi kepada saya.

    Berkongsi lanjut, Isyana menjelaskan bahawa perancangannya untuk menganjurkan konsert tersebut telah dirancang sejak beberapa tahun lalu.

    Sebenarnya sudah lama merancang untuk konsert ini.

    Pada tahun 2024 saya mengadakan konsert sedekad perjalanan seni, manakala tahun 2025 pula fokus menyiapkan album Eklektiko.

    Jadi saya merasakan tahun 2026 adalah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan semula muzik saya kepada peminat.

    Jelas Isyana lagi, pada malam konsert tersebut, dia tidak hanya menampilkan lagu-lagu daripada album ‘Eklektiko’ sahaja, malah turut membawakan seleksi karya daripada album pertamanya hingga album kelima.

    Saya akan menyanyikan lagu-lagu daripada semua album saya, bukan hanya Eklektiko sahaja.

    The post ‘Syukur Album Eklektiko Ada Sentuhan Vidi Aldiano, Saya Sentiasa Kenangkan Kolaborasi Ini’ – Isyana Sarasvati first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Dekorasi Raya The Exchange TRX Tahun Ini Mewah Dengan Persembahan Budaya yang Mengasyikkan!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah