34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rayuan akhir ditolak, lelaki bakar pusat tahfiz kekal dipenjara

    Shopee Sale

    Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara terhadap seorang lelaki berumur 22 tahun yang diperintahkan ditahan di penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, selepas disabitkan atas kesalahan membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran pada 2017.

    Panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Sri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan sebulat suara menolak rayuan akhir pemuda itu untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara.

    Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mengesahkan sabitan dan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi terhadap lelaki itu.

    MENARIK:  Dewan muktamar Pemuda PAS bergema dengan ngauman RX-Z

    Beliau berkata sabitan bagi kesalahan itu adalah selamat berdasarkan keseluruhan bukti yang dikemukakan.

    Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah (kini hakim Mahkamah Rayuan), katanya membuat keputusan berhubung kredibiliti saksi terutamanya dua saksi kanak-kanak (SP 68 dan SP 69) dan mendapati bahawa keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah mencukupi untuk mensabitkan pemuda itu bagi kesalahan terbabit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah