Seorang wanita Indonesia yang pernah tular selepas terkait dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew iaitu Mondy Tatoo didakwa menjadi punca pembunuhan seorang individu.
Dua lelaki berebut Mondy Tatoo?
View this post on Instagram
Seorang lelaki iaitu Faisal Anwar maut selepas ditikam dalam kejadian pada Sabtu. Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa cemburu apabila kedua-dua lelaki berebut seorang wanita sama yang dipercayai merupakan Dita Restu Amanda (Mondy Tatto).
Susulan itu, berlakunya pertengkaran antara mangsa dan suspek sehingga mengakibatkan kematian. Menurut polis, mangsa mengalami beberapa kesan tikaman di dada dan perut sebelum disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan.
Difahamkan, suspek yang sempat melarikan diri berjaya ditahan oleh pihak polis.
Menurut Ketua Ketua Rukun Tetangga iaitu Boy Sandi, pergaduhan itu bermula sejak sehari sebelumnya dan kedua-duanya sudah beberapa kali bertengkar di lokasi berbeza.
Kedua-dua mereka bekerja sebagai pengamen anak punk dan perselisihan dipercayai berpunca oleh rasa cemburu terhadap seorang wanita yang tinggal menyewa di kawasan tersebut.
Sumber: Instagram
The post Mondy Tatoo Didakwa Punca Rakan Dibunuh, Angkara Cinta Tiga Segi? first appeared on OHBULAN!.





