35.1 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rayer: PAS membisu Muhyiddin 'perlekeh' Al-Sultan

    Shopee Sale

    PAS digesa menyatakan pendirian berikutan kontroversi terbaru melibatkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, yang didakwa menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

    Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer berkata PAS membisu dalam isu ini, yang telah menimbulkan kemarahan kerabat diraja Pahang dan mendorong banyak individu membuat laporan polis di seluruh negara.

    "Sementara itu, rakan Bersatu dalam Perikatan Nasional, PAS sangat ketara berdiam diri.

    "Adakah ini bermakna PAS sebenarnya menyokong tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin?

    "PAS membisu dalam hal ini juga menunjukkan semua cakap-cakap tentang PAS setia kepada institusi raja di negara ini dan PAS menghormati serta menghargai institusi raja di negara ini hanyalah 'sandiwara'," katanya pada satu kenyataan.

    Sebelum ini, ucapan Muhyiddin ketika ceramah umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri di Felda Perasu pada 15 Ogos lalu, menjadi tular di media sosial.

    Dia didakwa sebagai berkata, dirinya sudah mendapat 115 sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang membolehkannya diangkat sebagai perdana menteri.

    Namun, menurut presiden Bersatu itu, dia tidak dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk mengangkat sumpah.

    MENARIK:  Mayat dalam gaung: Polis klasifikasi sebagai kes bunuh

    Ceramah itu didakwa secara sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R merujuk raja, agama dan kaum dalam kempen politik.

    Susulan itu, Wan Rosdy, semalam menggesa pihak berkuasa supaya segera bertindak ke atas Muhyiddin yang didakwa biadab terhadap Sultan Pahang.

    Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pula menzahirkan kemurkaan dan mahu polis bertindak tegas tanpa sebarang kompromi ke atas bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang didakwa memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta perananan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

    Baginda mendakwa Muhyiddin telah memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih perdana menteri ke-10.

    Polis telah memanggil Muhyiddin untuk memberi kenyataan pada hari Selasa berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja).

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain memaklumkan pihak polis telah menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara tersebut setakat ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah