25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Putin ucap terima kasih pada Kim Jong Un atas sambutan mesra

    Shopee Sale

    Presiden Rusia Vladimir Putin menerusi kiriman Telegram kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, menzahirkan penghargaan atas sambutan dan layanan mesra yang diterima semasa lawatannya ke negara itu baru-baru ini, lapor Sputnik.

    "Saya ingin menyampaikan penghargaan kepada anda atas sambutan luar biasa dan layanan mesra kepada saya dan delegasi Rusia semasa kami berada di Korea Utara. Lawatan ini amat bermakna.

    “Ia telah membawa hubungan antara Moscow dan Pyongyang ke tahap tinggi yang belum pernah dicapai menerusi perkongsian strategik komprehensif.

    “Mulai sekarang, peluang baharu terbuka untuk kerjasama yang lebih bermanfaat antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang," kata Putin menerusi aplikasi Telegram yang diterbitkan oleh Kremlin.

    Presiden itu berkata beliau berhasrat ingin meneruskan dialog yang konstruktif dan kerjasama sambil menambah bahawa pemimpin Korea Utara itu sentiasa dialu-alukan sebagai tetamu kehormat di Rusia.

    MENARIK:  Polis hadapi kesukaran kenal pasti suspek kes culik Pamela Ling

    Putin tiba di Pyongyang pada 18 Jun untuk lawatan dua hari dan kedua-dua pemimpin itu menandatangani perjanjian mengenai perkongsian strategik komprehensif.

    Perjanjian itu termasuk ikrar untuk saling memberi bantuan ketenteraan dan lain-lain jika satu daripada negara itu diserang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah