28.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Program wayang pacak platform santuni masyarakat – Fahmi

    Shopee Sale

    Penganjuran program Wayang Pacak secara berkala bukan sekadar memberi hiburan komuniti, malah menjadi platform penting kepada kerajaan menyantuni rakyat serta mengumpul maklumat berhubung isu-isu pada peringkat akar umbi.

    Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata program usaha sama Jabatan Penerangan (JaPen) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu, membolehkan maklumat berkaitan isu setempat disalurkan terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan.

    “Program Wayang Pacak ini diadakan secara berkala oleh rakan-rakan daripada Jabatan Penerangan, untuk menyantuni dan membawa filem-filem bersama dengan FINAS. Dalam masa yang sama, kita mengambil peluang ini untuk memberikan maklumat terkini kepada penduduk setempat.

    “Jabatan Penerangan sentiasa mengumpulkan maklumat tentang isu-isu tempatan yang dihadapi komuniti untuk tindakan pihak berkuasa,” katanya ketika hadir pada program itu di Taman Saujana Rompin dekat Jempol malam tadi.

    Turut hadir Ketua Pengarah JaPen Erwin Khairul Ahmad, serta ratusan penduduk sekitar kawasan itu.

    Fahmi berkata penggunaan jentera dan peralatan bergerak seperti “Jago” yang dilengkapi skrin LED, membolehkan program mendekati masyarakat luar bandar dijalankan di negeri-negeri lain termasuk Melaka dan Pulau Pinang, sebelum diteruskan ke Negeri Sembilan.

    Beliau berkata kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk penduduk kampung berdekatan dan masyarakat Orang Asli malam ini, membuktikan program ini berjaya mengeratkan hubungan komuniti sambil menikmati tayangan filem yang disediakan.

    MENARIK:  Kematian Zara Qairina: Tugas semua rungkai kebenaran, kata PM

    Justeru, Fahmi berharap maklum balas serta pandangan yang diperoleh daripada warga tempatan sepanjang program itu, dapat membantu pihak kerajaan menambah baik perkhidmatan dan pelaksanaan dasar pada masa hadapan.

    Sementara itu, Penolong Pengarah Pemasaran FINAS Wan Noor Zazreena Wan Zaizodin berkata platform penstriman digital mungkin menawarkan pelbagai pilihan tontonan masa kini, namun pengalaman menonton filem secara beramai-ramai menerusi program Wayang Pacak, kekal sebagai nilai kebersamaan yang tidak boleh digantikan.

    “Bagi penstriman, memang ia memberikan banyak pilihan kepada penonton. Namun, pengalaman menonton secara bersama-sama dalam sesebuah komuniti itu, sesuatu yang tidak dapat digantikan.

    “Bukan sekadar tayangan filem, Wayang Pacak menjadi ruang untuk menghidupkan semula budaya menonton bersama-sama, serta memberi peluang kepada orang ramai berinteraksi secara terus dengan penggiat industri perfileman tempatan,” katanya kepada Bernama malam ini.

    Wan Noor Zazreena berkata menerusi inisiatif berkenaan, FINAS berupaya membawa karya-karya perfileman tanah air secara terus kepada rakyat di pelbagai peringkat dan kawasan, termasuk komuniti di kawasan luar bandar dan ia sekali gus mampu menyemarakkan lagi sokongan dan apresiasi masyarakat terhadap industri perfileman tempatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah