28.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dipersoal ‘Travel’ Tak Bawa Anak, Bella Park Beri Respon – ‘Tiga Orang Bibik Jaga, PA & Ibu Mentua Tengokkan..CCTV Keliling Rumah’

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Bella Park tampil memberikan respon terhadap kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya yang didakwa melancong tanpa membawa anak bersama.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Datang Dari Broken Family, Hilang Ayah & Abang’ – Bella Park

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Bawa Keluarga Pergi Umrah Sambil Bercuti, Semuanya RM120K’ – Bella Park

    Bercuti tinggalkan anak

    Menerusi komen yang ditinggalkan di sebuah hantaran, Bella atau nama sebenarnya Nurul Nabila Zolkepli berkata, dia sama sekali tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu, malah setiap kali ke luar negara semua urusan penjagaan anak telah diatur dengan teliti.

    Menurut Bella, dia mempunyai tiga orang pembantu rumah yang bergilir-gilir menjaga anak, selain pembantu peribadi dan ibu mentua yang turut memantau keadaan di rumah.

    Saya selalu kena macam ini, kalau cerita kata riak pula.

    Saya pergi travel pun sedia tiga bibik jaga anak, PA (pembantu peribadi) saya dan semua orang tolong tengokkan anak, mak mentua pun tunggu tengokkan sekali.

    Bibik bergilir siang malam jaga anak saya. Full CCTV sekeliling rumah saya, nampak semua dari jauh.

    Tambah Bella, dia akan membawa anaknya bersama jika cuaca dan keadaan lokasi pelancongan tersebut sesuai.

    MENARIK:  Nama Dipetik, Janna Nick Dakwa Pernah Diburukkan Ibu Puteri Balqis Dalam Group WhatsApp Selebriti – ‘Sejak Tu Saya Dipulaukan’

    Dalam masa yang sama, Bella memaklumkan suaminya juga tidak pernah menghalangnya untuk pergi bercuti.

    Saya travel ada banyak cara. Ada waktu saya yang pergi sendiri sebab musim panas sekarang takkan nak bawa anak? Nanti musim sejuk bawalah.

    Yang ‘acik-acik’ stres, kata saya, ‘tak rindu anak ke?’

    Suami saya rileks saja bagi saya pergi, ‘acik-acik’ yang merentan.

    Sumber: Threads

    The post Dipersoal ‘Travel’ Tak Bawa Anak, Bella Park Beri Respon – ‘Tiga Orang Bibik Jaga, PA & Ibu Mentua Tengokkan..CCTV Keliling Rumah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah