29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AKB48 Teringin Nak Sarung Baju Tradisional Malaysia & Panjat Batu Cave

    Shopee Sale

    Bukan sekadar teruja bertemu peminat, anggota kumpulan idola terkenal Jepun, AKB48, Azuki Yagi turut menyimpan impian untuk menyarung busana tradisional Malaysia sekiranya berpeluang sepanjang berada di negara ini.

    Artikel Berkaitan: AJL40: ‘Habis Buletin TV3 Jangan Berganjak Depan TV, Sebab Opening Mega’

    Cuba budaya Malaysia

    Menurut Azuki, dia begitu mengagumi keindahan pakaian tradisional masyarakat Malaysia yang disifatkannya bukan sahaja cantik, malah mencerminkan identiti serta warisan budaya negara.

    Saya teringin nak pakai baju tradisional kebangsaan Malaysia sebab saya lihat orang Malaysia pakai sangat cantik.

    Pakaian itu melambangkan identiti Malaysia dan saya harap suatu hari nanti dapat peluang untuk memakainya.

    Azuki berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media khas sempena AKB48 The Stage in Japan Expo Malaysia 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Jumaat.

    Sementara itu, rakan sepasukannya, Sae Arai pula mengakui teringin untuk menjejakkan kaki ke Batu Caves yang menjadi antara lokasi paling terkenal buat pelancong yang datang ke Malaysia.

    Saya teringin nak pergi Batu Caves. Saya tahu tempat itu agak jauh dari sini, tetapi saya dengar ia merupakan antara destinasi yang wajib dikunjungi ramai pelancong dan artis luar negara apabila datang ke Malaysia.

    AKB48 The Stage

    Kehadiran AKB48 kali ini adalah bersempena konsert eksklusif AKB48 The Stage yang bakal berlangsung pada 25 Julai 2026 sempena Japan Expo Malaysia 2026 (JEMY 2026) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

    MENARIK:  PU Riz Dilantik Jadi Duta Wakaf Masjid Al-Makmuriah Kelantan – ‘Sasaran Program Ini Memang Golongan Anak Muda’

    Kemunculan itu pastinya mengubat kerinduan peminat apabila kumpulan sensasi Jepun tersebut kembali membuat persembahan di Malaysia selepas hampir dua tahun sejak konsert terakhir mereka di Kuala Lumpur pada 2024.

    Lebih mengujakan, peminat di Malaysia bakal menjadi antara yang terawal mendengar single terbaharu AKB48 berjudul Sukisshu yang akan dipersembahkan secara eksklusif sebelum dilancarkan secara rasmi di Jepun pada 19 Ogos depan.

    Ditubuhkan pada 2005, AKB48 terkenal sebagai pencetus revolusi industri idola moden Jepun menerusi konsep “idols you can meet” atau “idola yang boleh ditemui peminat”, sekali gus mengubah landskap industri hiburan negara itu.

    Sepanjang lebih dua dekad, kumpulan tersebut telah melahirkan pelbagai lagu hit yang mendominasi carta muzik, menjual jutaan rekod di seluruh dunia serta menjadi inspirasi kepada penubuhan kumpulan saudara di beberapa negara Asia, termasuk Malaysia menerusi KLP48.

    Antara lagu yang melonjakkan nama AKB48 di persada antarabangsa ialah Heavy Rotation, Aitakatta, Flying Get dan Koisuru Fortune Cookie, yang sehingga kini masih menjadi siulan peminat.

    Tiket konsert dijual pada harga bermula RM180 dan boleh didapati menerusi laman web etix.my.

    Japan Expo Malaysia 2026 berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai 2026 di Dewan 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

    The post AKB48 Teringin Nak Sarung Baju Tradisional Malaysia & Panjat Batu Cave first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah