28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Loke: Kenapa MCA jadi menteri pengangkutan Umno tak persoal?

    Shopee Sale

    DAP mempersoalkan tindakan Umno yang didakwanya membangkitkan sentimen anti-Cina ketika ini, sedangkan komposisi kabinet tidak banyak berbeza berbanding ketika BN memerintah.

    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata walaupun dia seorang menteri berbangsa Cina yang mengetuai Kementerian Pengangkutan, ia bukan sesuatu yang baru buat Malaysia.

    Katanya penyandang jawatan itu sebelum ini juga merupakan seorang Cina.

    Justeru, Loke mengangap tindakan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki membangkitkan persoalan itu sekadar mahu menakut-nakutkan orang Melayu.

    “Sejak beberapa dekad lalu, siapakah yang menjadi menteri pengangkutan?

    "Dahulu Lim Liong Sik menjadi menteri pengangkutan. Adakah Lim orang Melayu? Kemudian Chan Kong Choy menjadi menteri pengangkutan. Chan itu orang Cina atau Melayu?

    “Selepas itu Liow Tiong Lai juga menjadi menteri pengangkutan.

    "Dan yang lebih baru, Wee Ka Siong juga menjadi menteri pengangkutan. Beliau juga orang Cina.

    “Mengapa ketika orang Cina dari MCA berada dalam kerajaan ia tidak menjadi masalah? Ia tidak menjadi satu isu.

    “Tetapi apabila pemimpin Cina dari DAP berada dalam kabinet, ia tiba-tiba menjadi isu," katanya.

    Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian ketika menghadiri majlis makan tengah hari bersama pengundi Melayu di Chennah – kerusi DUN yang cuba dipertahankannya.

    MENARIK:  Guru rugi lebih RM230,000 diperdaya 'polis', 'pegawai BNM'

    Pada masa sama, Loke turut mempersoalkan mengapa BN sebelum ini sanggup mentadbir Negeri Sembilan bersama PH tanpa sebarang masalah jika benar dakwaan mereka gabungan tersebut menghakis kuasa orang Melayu.

    Dalam majlis itu Loke juga sekali lagi mengulas kenyataan Asyraf Wajdi yang mendakwa sekiranya PH berkuasa, dia akan menjadi menteri besar.

    Kata Loke, undang-undang tubuh Negeri Sembilan dengan jelas menetapkan bahawa jawatan menteri besar mesti disandang oleh seorang Melayu beragama Islam.

    Justeru, kata Loke, kenyataan dibuat pemimpin Umno itu berniat jahat demi mewujudkan persepsi negatif dan menakutkan orang ramai.

    “Sedangkan dakwaan itu tidak munasabah," kata Loke yang menganggap naratif itu dibuat untuk menggambarkan dirinya anti-Melayu.

    "Pembangkang sedang memainkan sentimen perkauman. Sepanjang kempen ini, terdapat pelbagai kenyataan berunsur fitnah yang mendakwa saya campur tangan dalam adat Adat Perpatih dan bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa jika PH memerintah.

    "Semua itu adalah fitnah. Apa faedahnya untuk saya campur tangan dalam perkara-perkara seperti itu?" katanya lagi.

    Sementara itu, Loke berkata pendekatan politik PH berbeza sama sekali dengan BN yang terdiri daripada parti-parti berasaskan kaum.

    Katanya setiap satu parti komponen PH dianggotai oleh orang pelbagai kaum, termasuk DAP.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah