29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MIC desak BN gerak solo, selar sentimen perkauman PAS

    Shopee Sale

    Presiden MIC SA Vigneswaran menyeru Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan langkah untuk bertanding secara solo dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang susulan kenyataan pimpinan PAS yang didakwa kerap menyinggung perasaan masyarakat bukan Melayu.

    Dia menjelaskan bahawa kenyataan berulang daripada sesetengah pemimpin PAS yang menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan bukan sahaja menyulitkan sebarang bentuk kerjasama politik, malah menjejaskan usaha BN untuk memenangi hati pengundi berbilang kaum.

    "Apabila BN terus dikaitkan dengan naratif sebegini, ia sukar buat kita.

    "Sebab itu BN lebih elok berdiri atas kekuatan sendiri demi mempertahankan prinsip kesederhanaan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Vigneswaran membuat kenyataan itu bagi mengulas ucapan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Muhammad Sanusi Md Nor, dalam satu ceramah yang mendakwa "Cina ada China, India ada India, Melayu hanya ada Tanah Melayu."

    Menyelar kenyataan Menteri Besar Kedah itu, Vigneswaran mengingatkan pimpinan PN agar tidak sesekali menganggap masyarakat Cina dan India di negara ini seperti warganegara asing.

    "Kami bukannya warganegara India atau China, kami adalah rakyat Malaysia. Di sinilah tanah air kami dan tumpah darah serta kesetiaan kami hanyalah kepada negara ini dan Yang di-Pertuan Agong.

    "Pendekatan politik yang sengaja memainkan sentimen perkauman hanya memecahbelahkan rakyat. Jangan ada pihak cuba meletakkan garisan seolah-olah ada kelompok yang 'lebih Malaysia' berbanding yang lain.

    "Tanda kesetiaan seseorang kepada negara tidak dinilai menerusi warna kulit atau keturunan nenek moyang, tetapi melalui kewarganegaraan serta rasa tanggungjawab terhadap tanah air," tegas beliau.

    MENARIK:  Guru besar disyaki cabul murid lelaki ditahan polis

    Vigneswaran turut membangkitkan persoalan logik di sebalik kenyataan Sanusi dengan membuat perbandingan mengenai status kaum lain di negara ini.

    "Menggunakan hujah yang sama, adakah orang Indonesia yang berada di sini juga mahu dianggap milik Indonesia? Bagaimana pula kedudukan masyarakat Orang Asli?

    "Naratif sebegini langsung tidak masuk akal dalam sebuah negara yang dibina atas dasar kewarganegaraan," katanya.

    Ambil iktibar daripada Amanah

    Mengulas lanjut, Vigneswaran membandingkan pendekatan politik PAS dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dinilainya jauh lebih inklusif dan matang dalam membawa agenda Islam.

    "PAS sepatutnya mengambil iktibar daripada Amanah.

    "Walaupun kedua-duanya membawa aspirasi Islam, Amanah tidak mengeluarkan kenyataan yang melukakan perasaan kaum Cina dan India. Disebabkan itulah Amanah lebih mudah diterima oleh masyarakat berbilang kaum," tambahnya.

    Tambahnya, sekiranya PAS benar-benar berhasrat untuk menjadi parti yang relevan di peringkat nasional, mereka perlu menghentikan retorik yang memecahbelahkan dan mula belajar menghormati kepelbagaian kaum di Malaysia.

    Sanusi malam tadi berkata "Tanah Melayu" merupakan satu-satunya tempat tinggal orang Melayu, tidak seperti kaum lain.

    "Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah