26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan penjawat awam disyaki hina Nabi Muhammad di media sosial

    Shopee Sale

    Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun Selasa lepas.

    Dia berkata lelaki itu bersama dua lagi pengguna disyaki memuat naik komen yang menghina Nabi Muhammad pada hantaran berita berkaitan Malaysia mengutuk keras kezaliman terhadap lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang maut dalam serangan udara di Gaza, Sabtu lepas.

    Razarudin berkata lelaki berumur 29 tahun yang bekerja sebagai pegawai farmasi itu kini direman dua hari hingga esok bagi membantu siasatan.

    MENARIK:  Belanjawan 2026 buka lembaran baru, perkukuh ekonomi - TPM

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi.

    Dia berkata polis memandang serius perbuatan menghina mana-mana agama di negara ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

    Semalam Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad menerusi hantaran di media sosial.

    Aaron berkata tindakan menghina mana-mana agama bukan sahaja mencabuli prinsip keharmonian dan perpaduan negara, tetapi juga boleh mengundang akibat yang sangat serius kepada keamanan serta ketenteraman awam.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah