25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat semula kes Beng Hock, panggil pengerusi persatuan

    Shopee Sale

    Polis menyoal siasat Pengerusi Persatuan Kemajuan Demokrasi Teoh Beng Hock Ng Yap Hwa, selama lebih dua jam.

    Ini sebahagian daripada siasatan semula kes kematian Teoh.

    Bercakap kepada media pada sidang akhbar selepas siasatan, Ng berkata pegawai penyiasat bertanyakan jika laporan polis yang dibuat oleh persatuan sebelum ini masih tepat.

    "Pegawai penyiasat juga bertanya jika saya ada sebarang perkara tambahan untuk dikemukakan, jadi saya telah menyerahkan beberapa dokumen berkaitan," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

    Antara dokumen ditunjukkan oleh Ng kepada media termasuk penghakiman bertulis oleh Hakim Hamid Sultan Abu Backer mengenai kes tersebut.

    Dia juga mendedahkan polis telah meminta pandangannya berhubung kes ini dan dia menegaskan kematian Teoh mempunyai motif politik.

    Pada tahun 2009, Teoh, yang merupakan pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan ketika itu, Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas disoal siasat semalaman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam.

    Suruhanjaya Diraja pada tahun 2011 mendapati Teoh didorong untuk membunuh diri akibat teknik soal siasat yang agresif.

    Bagaimanapun, pada tahun 2014 Mahkamah Rayuan memutuskan kematiannya berpunca atau dipercepatkan oleh tindakan yang menyalahi undang-undang, termasuk perbuatan pegawai SPRM.

    MENARIK:  NGO Myanmar sambut baik siasatan terhadap jaringan pemerdagangan orang

    Pada sidang media hari ini, Ng turut menggesa polis untuk menjalankan siasatan semula dengan profesional dan bebas.

    "Kami juga meminta pihak polis mempertimbangkan untuk menjemput pakar jenayah antarabangsa bagi membantu dalam kes ini," tambahnya.

    Pada Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain mengumumkan polis akan menggunakan teknologi pembinaan semula tempat kejadian jenayah dalam bentuk 3D untuk membantu siasatan.

    Dia menjelaskan teknologi ini mampu mencipta gambaran digital yang lebih jelas mengenai lokasi Teoh ditemui mati.

    Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang turut hadir pada sidang media bersama Ng, mengakui cabaran untuk menyiasat semula kes yang telah berlaku 16 tahun lalu.

    Namun, diatetap berharap teknologi moden dapat membantu memberikan gambaran lebih jelas mengenai kejadian sebenar.

    "Berdasarkan penemuan siasatan ini, jika polis mendapati ada mana-mana pihak yang bertanggungjawab, kami berharap tindakan sewajarnya akan diambil," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah