28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syed Saddiq Buka Mulut Soal Majlis Perkahwinan Bersama Bella Astillah, Percaya Pada Perancangan Tuhan

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menzahirkan rasa syukur atas sokongan yang berterusan daripada keluarga serta tunangnya, Bella Astillah, menjelang keputusan perbicaraannya yang dijadualkan diputuskan pada Selasa depan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] 30 Jun Jadi Penentu, Zaidel Baharuddin Fikir Nasib Syed Saddiq – ‘Sempat Atau Tidak Berkahwin & Bergelar Bapa?’

    Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Syukur Dapat Kerja Sambilan – ‘Saya Sumbangkan Terus RM115k Ke Muar, Beli Bakul Makanan & Laptop’

    Ketenangan yang luar biasa

    Ketika ditemui , Syed Saddiq atau nama penuhnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akui menganggap Bella dan anak-anak seperti keluarga sendiri.

    Menurut Syed Saddiq, kehadiran mereka bukan sahaja menceriakan harinya malah turut membawa ketenangan yang amat bermakna dalam hidupnya.

    Saya sudah anggap seperti keluarga. Bella dan anak-anak memberi keceriaan dan ketenangan yang luar biasa walaupun kadang kala emosi turun naik.

    Insya-Allah jika segalanya berjalan baik Selasa depan, ini semua berkat doa dari mereka semua.

    Syed Saddiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat & solat hajat yang berlangsung di Madrasatul Hajjah Zubaidah, pada Khamis.

    MENARIK:  Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

    Menjawab persoalan sama ada perancangan perkahwinannya bersama Bella Astillah akan terkesan dengan keputusan yang bakal diumumkan Selasa ini, Syed Saddiq mengakui sukar untuk memberikan jawapan.

    Tambah Syed Saddiq, dia hanya mampu berserah dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar.

    Sukar untuk saya komen berkenaan situasi A atau B yang akan berlaku. Tetapi yakinlah dan letakkanlah kepercayaan kepada Allah.

    Kita sudah usaha, kita yakin kita di pihak yang benar, Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan baik.

    The post [VIDEO] Syed Saddiq Buka Mulut Soal Majlis Perkahwinan Bersama Bella Astillah, Percaya Pada Perancangan Tuhan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah