29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Asyraf Wajdi dedah bekas pemimpin ugut Umno demi anak

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan kekesalan terhadap tindakan Mohd Puad Zarkashi yang mengumumkan keluar daripada parti serta-merta berikutan tuntutan peribadi untuk mencalonkan anaknya dalam pilihan raya tidak dipenuhi oleh kepimpinan tertinggi parti.

    Menurut Asyraf Wajdi, anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu, sebelum ini telah mengemukakan ugutan itu dan akan menyerang Umno sekiranya anaknya tidak dipilih menggantikan di Rengit. 

    “Beliau sendiri menulis kepada saya secara panjang lebar mengugut untuk keluar parti dan akan menghentam parti sekiranya kepimpinan tertinggi Umno tidak mempertimbangkan untuk anak beliau sebagai calon di DUN Rengit.

    “Anaknya masih muda dan berpotensi besar untuk dilatih dan diangkat sebagai pemimpin. Namun, tentulah parti mengambil kira banyak faktor dalam pengundian seseorang calon dalam satu-satu pilihan raya,” kata Asyraf Wajdi dalam hantaran di media sosial hari ini.

    Dia turut menyangkal dakwaan Mohd Puad yang memberikan alasan kononnya tindakan keluar parti itu disebabkan pihak Istana mengawal Umno Johor sehingga menitahkan pembubaran DUN Johor pada 1 Jun lalu.

    MENARIK:  Pemindahan ginjal babi kepada manusia di China harapan cerah buat pesakit

    Menurut setiausaha agung Umno, kenyataan tersebut disifatkan sebagai berbaur fitnah demi menutup alasan sebenar berkaitan isu pencalonan anaknya.

    "Umno bukan parti warisan anak-beranak yang mesti mengutamakan keluarga dan suku-sakat untuk menjadi pemimpin.

    “Perjuangan Umno jauh lebih besar daripada kepentingan peribadi, tuntutan keluarga atau rasa kecewa individu," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah