31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Didakwa Hina Warga China, Ekyn Wong Mengaku Berkelakuan Kurang Sopan – ‘Jangan Libatkan Keluarga Saya’

    Shopee Sale

    Individu yang dikenali sebagai Ekyn Wong mengakui tindakannya yang didakwa menghina warga China ketika berada di negara itu merupakan perbuatan yang kurang sopan.

    Artikel Berkaitan: Peniaga Scone Cameron Highland Mohon Maaf, Nafi Hina Golongan B40 – ‘Saya Tidak Lahir Dalam Keluarga Berada’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Berniat Menghina Atau Memperlekehkan B40’

    Mohon maaf

    Menerusi satu hantaran video di TikTok, Ekyn berkata dia bersedia menerima segala kecaman yang ditujukan kepadanya susulan insiden tersebut, namun berharap ahli keluarganya tidak turut menjadi sasaran.

    Saya tidak ambil hati dengan mesej atau kecaman yang dihantar netizen kepada saya kerana mungkin saya juga akan berbuat perkara sama jika berada di tempat mereka.

    Kalau mahu kecam, kecam saya seorang. Jangan libatkan keluarga saya kerana individu yang bertindak kurang sopan itu adalah saya. Kita semua manusia biasa, tidak sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

    Dalam masa sama, Ekyn memaklumkan dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu berkenaan kerana perkara itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan peguam untuk tindakan selanjutnya.

    Ramai yang bertanya kenapa saya berkata begitu. Memang ketika itu ada bau yang kurang menyenangkan kerana saya dan beberapa rakan sedang beratur di hadapan tandas.

    Saya hanya menyebut perkataan ‘busuk’ dan tidak mengeluarkan sebarang kata-kata makian. Namun saya akui tindakan saya itu kurang sopan.

    Buat masa ini, saya serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan peguam untuk menyelesaikannya.

    Terdahulu, Ekyn tampil memohon maaf selepas tindakannya didakwa menghina warga China dengan menggelarkan mereka “busuk” ketika melancong ke negara tersebut sehingga mengundang kecaman ramai.

    MENARIK:  [VIDEO] Sheeda & Suami Hadir Konvokesyen Arwah Anak – ‘Kami Tetap Bangga Walaupun Dalam Kesedihan’

    Menurutnya, dia tidak berniat untuk menyinggung perasaan, mengaibkan mana-mana pihak atau mencetuskan konflik, sebaliknya mendakwa rakaman video yang tular itu dibuat secara spontan tanpa memikirkan implikasi yang bakal timbul.

    Video

    " data-video-id="7655009020146683143" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ekyn.wong

    Secebis cebisan

    ♬ original sound – ekyn.wong – ekyn.wong

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Didakwa Hina Warga China, Ekyn Wong Mengaku Berkelakuan Kurang Sopan – ‘Jangan Libatkan Keluarga Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah