28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Stacy & Akim, Thalita, Zaki Yamani Antara Barisan Artis Bakal Hangatkan Central Market Hujung Minggu Ini

    Shopee Sale

    Peminat muzik tempatan bakal disajikan dengan pelbagai persembahan menarik apabila lebih 40 pengisian hiburan bakal mewarnai Festival Jom Malaysia x Pesta Kita Kuala Lumpur 2026 yang berlangsung di Central Market, Kuala Lumpur selama tiga hari berturut-turut bermula 26 hingga 28 Jun ini.

    Lebih menarik, festival berkenaan bakal menghimpunkan beberapa nama besar industri muzik tanah air seperti Najwa Latif, Stacy, Akim, 0108 Slatan, Wani Ardy, Kucaimars, R.E.D., Dalia Farhana dan Fug, selain deretan artis lain yang dijangka memeriahkan pentas sepanjang acara berlangsung.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iman Troye, Dalia Farhana Sebak Lihat Kemunculan Naim Daniel

    Artikel Berkaitan: Thalita Raih 99% Dalam Ujian Matematik, Netizen Luah Rasa Kagum – ‘Dahlah Berbakat, Pandai Pula Tu’

    Tiga malam penuh hiburan di Central Market

    Malam pembukaan pada Jumaat, 26 Jun bakal dimulakan dengan persembahan daripada Wani Ardy sebelum diteruskan oleh R.E.D., Kucaimars, The Rudean, Teman Lelaki dan Insiden Ruang Legar.

    Pengunjung turut berpeluang menikmati persembahan budaya seperti Wayang Kulit oleh ASWARA selain Disko Santan – Classic & P. Ramlee Mix yang dijangka membawa suasana nostalgia kepada pengunjung.

    Sementara itu, malam kedua pada Sabtu, 27 Jun dijangka menjadi antara kemuncak festival apabila Stacy dan Akim bakal menggegarkan pentas bersama Cuncun and The Brothers, Thalita, Zaki Yamani serta Margasatwa.

    Tidak hanya tertumpu kepada persembahan muzik, malam tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan Muhibbah Drums & LED Lion Dance serta Welcome Dance anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

    Bagi malam penutup pada Ahad, 28 Jun, penyanyi dan pensyarah popular, Najwa Latif, akan menjadi antara tumpuan utama apabila dijadualkan membuat persembahan bersama Dalia Farhana, Fug, Naki, Honeydazemy dan Ical Mosh & Petualang Langit.

    MENARIK:  Kontroversi Viral: Pasangan TikTokers Bercerai Selepas Kandungan 2 Bulan Anak Pertama Melalui Czer. Apakah Penyebabnya?

    Kumpulan 0108 Slatan pula diberi tanggungjawab menutup tirai festival yang dijangka menghimpunkan ribuan pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya.

    Menurut wakil penganjur, Ikmal Zainal, festival berkenaan bukan sekadar medan hiburan, malah diwujudkan sebagai platform untuk meraikan kreativiti, budaya dan komuniti menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan.

    Pesta Kita sentiasa diwujudkan sebagai platform untuk meraikan kreativiti, budaya dan komuniti. Melalui kolaborasi bersama KPDN menerusi inisiatif Jom Beli Produk Malaysia, kami berharap festival ini dapat menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat dengan produk serta jenama tempatan yang berkualiti.

    Pada masa yang sama, kami mahu memberikan impak positif kepada para usahawan dan vendor tempatan dengan membawa lebih ramai pengunjung untuk menyokong perniagaan mereka.

    Selain persembahan artis, festival tersebut turut menampilkan pelbagai pengisian lain termasuk persembahan budaya, aktiviti interaktif serta penyertaan ratusan vendor tempatan yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pengunjung.

    Festival Jom Malaysia x Pesta Kita Kuala Lumpur 2026 berlangsung di ibu negara bermula 26 hingga 28 Jun dan percuma kepada orang ramai.

    Penganjur menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari festival berlangsung.

    Sumber: Instagram

    The post Stacy & Akim, Thalita, Zaki Yamani Antara Barisan Artis Bakal Hangatkan Central Market Hujung Minggu Ini first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah