32.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis perketat kawalan sempadan kekang jenayah senjata api

    Shopee Sale

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata pihak berkuasa akan memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan negara berikutan beberapa kes jenayah senjata api baru-baru ini.

    Katanya polis Kelantan juga berjaya mengawal sempadan negara yang menjadi laluan mudah kepada penyeludupan senjata api, dadah dan bahan terlarang di sepanjang Sungai Golok.

    Bagaimanapun, katanya usaha itu akan diperluaskan ke negeri-negeri lain seperti Perlis dan Kedah.

    “Apabila orang ramai mendengar tentang penyeludupan, perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah kontraban dan dadah, tetapi penyeludup turut mengambil kesempatan untuk membawa masuk barang berbahaya lain seperti senjata api.

    "Kami tidak mahu kes tembak ini menjadi perkara biasa.

    MENARIK:  Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

    “Langkah tegas diambil setiap tahun untuk meluluskan lesen senjata api dan polis juga mahu memastikan usaha lebih ketat dilakukan untuk mengekang senjata api tidak berlesen di negara ini," katanya seperti dipetik New Straits Times.

    Sabtu lalu, media melaporkan berlakunya kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam yang menyebabkan seorang pekerja pembersihan cedera.

    Pada hari yang sama, polis menahan sepasang kekasih kerana memiliki sepucuk pistol bersama 30 butir peluru di sebuah kondominium di Taman Cempaka, di Kuala Lumpur.

    Kelmarin, enam das tembakan dilepaskan namun tidak mengenai pasangan suami isteri di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam, Johor.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah