32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa buat seluruh insan yang bergelar bapa.

    Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah bapa adalah sumber kekuatan sesebuah keluarga serta pembimbing yang mencorakkan masa depan anak-anak.

    Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan bimbingan bapa yang amat bernilai.

    MENARIK:  Op Sky: Tiga selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM

    Biarpun jarang dizahirkan dengan kata-kata, Seri Paduka Baginda bertitah jasa serta kasih seorang bapa tetap abadi dalam hati.

    “Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan rahmat-Nya ke atas Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II,” titah Seri Paduka Baginda.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah