Pelakon Syanie mendedahkan pernah ditawarkan bayaran sebanyak RM500 untuk satu hari penggambaran drama.
Syanie ditawar RM500 sehari

Ketika ditemui , Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 52, menganggap jumlah tersebut tidak berbaloi memandangkan jadual penggambaran yang padat sehingga 15 babak perlu dijayakan dalam sehari.
Mereka tawar RM500 untuk sehari, melibatkan lebih kurang 15 babak. Itu dari pagi sampai malam.
Menurut Syanie, jumlah tersebut juga tidak termasuk kos persiapan pakaian yang perlu disediakannya sendiri untuk menjayakan watak yang diberikan.
Syanie menjelaskan dia bukan mahu meletakkan bayaran yang tinggi, sebaliknya berharap tawaran yang diberikan setimpal dengan pengalaman serta komitmennya terhadap setiap naskhah.
Saya bukannya nak demand tinggi tetapi untuk saya yang dah 30 tahun tu, saya rasa tak berbaloi.
Saya kena cari baju saya sendiri. Saya kena buat sendiri dan saya pula jenis tepati masa. Kalau mereka suruh saya datang pukul berapa, waktu itu juga saya akan datang.
Saya akan tunggu sampailah semua selesai. Jadi bagi saya, kalau nak bayar saya 500 untuk sehari, memang tak berbaloilah.
Mengulas lanjut, Syanie mengakui sedih kerana dia kini kurang menerima tawaran lakonan selepas lebih tiga dekad berada dalam industri seni.
Kalau nak ikutkan, saya memang sudah dua tahun tiada penggambaran. Bukan tak mahu berlakon, tetapi memang tiada tawaran.
Sedih tu ada sebab sebab saya dalam industri ni dah 30 lebih tahun, sejak 1991. Tetapi kita kena terima hakikat yang sekarang ini orang tengok jumlah pengikut. Saya menerima hakikat yang mungkin bukan rezeki saya.
The post ‘Saya Bukan Nak Demand, Tapi RM500 Sehari Untuk 15 Babak Tak Berbaloi’ – Syanie first appeared on OHBULAN!.





