34.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zizie Izette Jarang Kongsi Kisah Peribadi, Lebih Selesa Jaga Privasi – ‘Mungkin Lepas Ini Saya Akan..’

    Shopee Sale

    Pelakon Zizie Izette mendedahkan dirinya seorang yang sangat menjaga privasi meskipun kehidupannya sering menjadi perhatian umum.

    Zizie Izette

    Menerusi hantaran di Threads, Zizie berkata dia jarang berkongsi sisi peribadinya, termasuk perkara yang bermain di fikiran, ketakutan serta apa sahaja yang dilaluinya.

    Bagaimanapun, Zizie memberi bayangan mungkin akan mula berkongsi lebih banyak mengenai dirinya kepada umum selepas ini.

    Perkara yang orang mungkin tak tahu tentang saya..Sebenarnya, saya seorang yang sangat menjaga privasi.

    Saya tahu bunyinya agak kelakar sebab ramai yang dah tengok banyak perkara tentang kehidupan saya.

    Tapi perkara yang paling mendalam tentang diri saya? Apa yang saya fikirkan, ketakutan saya, perkara yang menyakitkan hati saya dan apa yang saya benar-benar percaya, saya jarang bercakap mengenainya.

    Mungkin selepas ini saya akan mula berkongsi sedikit sebanyak di sini.

    Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009 dan pasangan itu dikurniakan tiga anak kandung selain dua anak angkat.

    MENARIK:  ‘Kalau Ikut Healthy Singing, Suara Aina Abdul Lebih Sihat Berbanding Nadeera’ – Cikgu Delly

    Pada 5 Disember, Allahyarham Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan buah pinggang serta jangkitan kuman pada paru-paru di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.

    Sumber: Threads Zizie Izette

    The post Zizie Izette Jarang Kongsi Kisah Peribadi, Lebih Selesa Jaga Privasi – ‘Mungkin Lepas Ini Saya Akan..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah