32 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AR Badul Kembali Dengan Watak Uncle Sam Dalam ‘Surat Khabar Lama’

    Shopee Sale

    Selepas sekian lama tidak muncul sebagai teraju utama, legenda hiburan tanah air, AR Badul kembali mencuri perhatian menerusi iklan drama pendek Surat Khabar Lama.

    Artikel Berkaitan: AR Badul Nafi Nikahi Annie Arifin – ‘Umur Saya Dah 73 Tahun, Takkan Tidak Sedar Diri Lagi’

    Artikel Berkaitan: Rumah Tanpa Cahaya Angkat Kisah Kehilangan Ibu, Goncang Hubungan Sebuah Keluarga

    AR Badul bawa watak sarat emosi

    Naskhah terbaharu sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69 itu merupakan sebahagian daripada kempen Kembalinya Sang Lagenda oleh jenama minuman oat tempatan berkenaan.

    Kempen tersebut diwujudkan sebagai penghargaan kepada artis-artis veteran yang telah banyak berjasa kepada industri hiburan negara.

    Menerusi inisiatif itu, jasa dan bakat mereka terus dihargai selain memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengangkat seni serta budaya tempatan.

    Dalam Surat Khabar Lama, AR Badul membawakan watak Uncle Sam, seorang penjual surat khabar lama yang mempertahankan nilai sejarah negara.

    Watak tersebut turut membawa mesej mengenai kasih sayang, perpaduan dan kemanusiaan.

    Uncle Sam digambarkan sebagai simbol bahawa menghargai sejarah, memelihara perpaduan dan berbuat baik tanpa mengira kaum merupakan nilai yang mampu menyatukan rakyat Malaysia.

    Turut membintangi drama pendek berkenaan ialah penyanyi dan pelakon Santesh sebagai Arvind Raj serta personaliti media Wong Xiao Jie sebagai May.

    Santesh membawakan watak seorang usahawan muda yang akhirnya memahami nilai sebenar warisan, manakala Xiao Jie memainkan watak May yang menjadi penghubung antara dua generasi.

    MENARIK:  ‘Erma Pengarah Pertama Beri Saya Watak Heroin, Pengarah Lain Tak Percaya Saya Boleh’ – Puteri Balqis

    Gandingan tiga pelakon itu mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia yang hidup dalam semangat saling menghormati.

    Naskhah arahan Raja Azrey tersebut mengetengahkan kisah mengenai warisan, kemanusiaan dan perpaduan.

    Lancar dua produk baharu

    Dalam masa sama, dua produk baharu turut dilancarkan menerusi kempen tersebut iaitu OatLife Gold Plus Double Oats with Beta-Glucan & Chia dan OatLife Gold Plus Oat Soy with High Protein & Chia.

    Produk pertama kini dipertingkatkan dengan 3g Beta-Glucan yang membantu dalam pengurusan kolesterol.

    Sementara itu, produk kedua hadir dengan kandungan 13g protein bagi memenuhi keperluan nutrisi dan kekuatan badan.

    Kedua-dua produk itu diformulasikan tanpa laktosa, sifar kolesterol dan tanpa gula tambahan.

    Surat Khabar Lama merupakan naskhah kedua di bawah kempen Kembalinya Sang Lagenda, selepas drama pendek Raya Syurga Yang Terhiris yang menampilkan Sathiya dan Shahriza Mahmud.

    Iklan drama pendek Surat Khabar Lama boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi jenama berkenaan mulai 22 Ogos ini.

    Manakala, dua produk baharu tersebut bakal berada di pasaran mulai September 2026 menerusi semua pasar raya utama serta platform e-dagang rasmi di seluruh negara.

    The post AR Badul Kembali Dengan Watak Uncle Sam Dalam ‘Surat Khabar Lama’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah