32.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Amyza Aznan Kritikal, Ditidurkan Di Hospital Kuala Lumpur

    Shopee Sale

    Pelakon Amyza Aznan memaklumkan suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Artikel Berkaitan: Amyza Aznan Akui Tenang Pakai Niqab – ‘Kadang-Kadang Saja Saya Pakai, Rasa Selesa’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amyza Aznan Masih Hantar Pesanan Ke Nombor Arwah Anak – ‘Saya Tahu Tiada Balasan’

    Suami Amyza Aznan ditidurkan

    Menurut Amyza, suaminya yang berusia 51 tahun itu telah ditidurkan dan kini berada dalam pemantauan pihak hospital.

    Suami saya Khairul Izhar Bin Mohd Nazir berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur.

    Perkara itu dikongsikan pelakon berusia 50 tahun berkenaan menerusi satu hantaran di Instastory pada Ahad.

    Dalam perkongsian lain, anak kepada Amyza iaitu Andrian memohon orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.

    MENARIK:  [VIDEO] Isteri Anggota FRU Reda, Tidak Salahkan Pemandu Lori – ‘Arwah Pernah Impi Kematian Yang Didoakan Orang Ramai’

    Sebelum ini, Amyza sempat berkongsi foto suaminya berada di dalam ambulans sambil memakai alat bantuan pernafasan

    Terdahulu media melaporkan Khairil pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Disember 2017 akibat serangan jantung.

    Pada Disember 2023, Khairil pernah ditidurkan akibat sesak nafas namun kembali sedar selepas dua hari.

    Untuk rekod, Amyza dan Khairil mendirikan rumah tangga pada 2003. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail,m, Adrian Adam dan Ayden Andika. 

    Anak sulung mereka, Andre Mikhail meninggal dunia pada 23 Februari lalu akibat kkanser paru-paru tahap tiga.

    Sumber: Instagram Amyza Aznan

    The post Suami Amyza Aznan Kritikal, Ditidurkan Di Hospital Kuala Lumpur first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah