34.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jais kenakan tapisan ketat ke atas guru sekolah agama

    Shopee Sale

    Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam proses merangka langkah serta garis panduan bagi mengekang salah laku, khususnya melibatkan kesalahan seksual di sekolah agama negeri itu.

    Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata perbincangan kini giat dijalankan bersama jawatankuasa pendaftar sekolah yang antara lain membincangkan cadangan mengenai proses tapisan guru yang lebih ketat.

    “Ada kemungkinan kita akan mensyaratkan semua guru mesti mendapat ulasan daripada pihak polis. Perlu ada tapisan daripada keselamatan.

    “Jais akan bincang dengan polis dalam melaksanakan tapisan itu,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian penutupan Kursus Persediaan Pelajar Selangor Ke Luar Negara (Timur Tengah) 2026 di Shah Alam hari ini.

    MENARIK:  Malaysiakini lapor polis berhubung pengalihan dana RM3 juta

    Mohd Shahzihan berkata garis panduan antara pelajar dan guru juga sedang dibincangkan bagi mengatasi masalah sama dengan pengasingan yang lebih tegas akan dicadangkan.

    Tambahnya, guru, pentadbir dan pelajar tidak boleh membuat apa-apa perkara yang sepatutnya dihindari.

    “Sebagai contoh, tidak boleh beri layanan sangat istimewa dan berjumpa pada waktu yang tidak lazim, tidak boleh bertemu atau buat sesi hafalan pada waktu sunyi atau waktu orang tidak jaga. Ini supaya ada kesedaran,” katanya.

    Sebelum ini, media melaporkan kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada polis siasatan kes amang seksual melibatkan seorang guru ke atas pelajar di sebuah sekolah agama.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah