31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KL gesa Asean perkukuh langkah hadapi jerebu rentas sempadan

    Shopee Sale

    Malaysia menggesa tindakan kolefktif dari semua negara anggota Asean untuk meningkatkan kesiapsiagaan menangani risiko jerebu rentas sempadan menerusi tindakan pencegahan, kesiapsiagaan nasional dan pemantauan berterusan berteraskan prinsip Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).

    Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Arthur Joseph Kurup berkata semua negara Asean perlu meningkatkan kawalan dan kesiapsiagaan dengan mengekalkan pemantauan rapi di kawasan berisiko tinggi, mempertingkat pengawasan titik panas, memperkasakan penguatkuasaan terhadap larangan pembakaran terbuka serta memastikan kesiapsiagaan operasi pemadaman kebakaran yang efisien.

    Katanya pendirian itu disampaikan menerusi utusan rasmi kepada Setiausaha Agung Asean Dr Kao Kim Hourn semalam.

    Arthur berkata walaupun kebakaran ketika ini masih terkawal dalam sempadan negara masing-masing, risiko jerebu merentas sempadan menuntut kesiapsiagaan kolektif serta kewaspadaan tinggi di peringkat serantau.

    "Pelaksanaan intervensi awal, pertukaran maklumat secara tepat serta koordinasi serantau yang erat merupakan elemen asas dalam menangani isu jerebu secara berkesan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  PAC syor k'jaan utamakan pembekal tempatan dalam bekalan perubatan

    Dia berkata pemantauan perkembangan cuaca semasa mendapati keadaan kering berterusan di kawasan selatan rantau Asean mengakibatkan peningkatan aktiviti titik panas dan jerebu.

    "Keadaan ini berisiko menjadi lebih meluas berikutan fenomena El Nino yang dijangka beransur menguat dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya.

    Arthur berkata Malaysia turut mengalu-alukan perananan proaktif Sekretariat Asean selaku Pusat Koordinasi Asean Sementara bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (ACC THPC) dalam memudah cara penyebaran maklumat, menyelaraskan langkah kesiapsiagaan antara negara anggota serta memperkukuh mekanisme kerjasama di bawah AATHP.

    "Malaysia yakin bahawa komitmen padu dan tindakan proaktif seluruh negara anggota Asean akan memperkasakan ketahanan serantau dalam mendepani cabaran iklim, seterusnya memelihara alam sekitar yang mampan, sejahtera dan bebas jerebu demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah