27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis: 196 mangsa terjejas rumah atas air roboh di Semporna

    Shopee Sale

    Seramai 196 mangsa membabitkan 30 keluarga terjejas selepas rumah atas air yang didiami mereka di Kampung Simunul Lorong 3 di Semporna, Sabah roboh pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata sebanyak 30 rumah roboh iaitu 28 buah membabitkan 190 mangsa tempatan manakala dua lagi didiami enam warga asing.

    "Kejadian berlaku pada 10.15 pagi bermula dengan dua rumah roboh disusuli rumah lain ekoran struktur rumah yang dibina berdekatan dan bersambung antara satu sama lain," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

    Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian rumah roboh itu dipercayai berpunca daripada angin kuat dan ombak besar pada 8 Julai lepas yang menyebabkan struktur dua rumah menjadi condong.

    MENARIK:  Akmal bidas Pua: Bodoh itu percuma, teruskanlah kebodohan

    Selain itu, Mohd Farhan berkata pihaknya turut menerima 33 laporan berhubung insiden rumah roboh dan kerugian dialami oleh mangsa untuk tindakan lanjut.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah