Pelakon, Aedy Ashraf menyifatkan aktor, Zul Ariffin memiliki aura tersendiri yang mampu mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Mahu Wanita ‘Simple’ Sebagai Isteri – ‘Saya Nak Keluarga Yang Tak Pernah Ada’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mungkin Tak Dapat Hadiahkan Ibu Segulung Ijazah…’ – Luahan Aedy Ashraf Undang Perhatian
Ada aura yang menggerunkan
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di audio siar Sembang Seram, pemilik nama Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, berkongsi pengalaman bekerja bersama Zul menerusi filem Tarung: Unforgiven, yang mana menyifatkan aktor itu memiliki aura menggerunkan sehingga kehadirannya mudah disedari walaupun tanpa melakukan sebarang tindakan.
Zul Ariffin ada satu aura yang menggerunkan, tapi dalam masa sama dia bukan menggerunkan.
Sebab aku bekerja dengan Zul, dan dia berlakon juga dalam filem Tarung, dia ada ‘entrance’ sendiri.
Setiap minit pertama dia ada ‘entrance’ itu, dia akan buat announcement.
Contoh, kita tengah borak, dan Zul masuk, dia tak buat apa pun, tapi semua orang akan pandang dia.
Macam aku masuk, orang tak ada pandang pun kan.
Kalau macam kita tengah borak, dan ada orang lain lalu semua kan, tapi kalau dia lalu, kau akan pandang dia.
Itulah aura.
Bercerita lanjut, Aedy berkongsi bahawa ketika sesi latihan pembacaan skrip filem, situasi tersebut turut menggambarkan personaliti sebenar Zul yang memiliki daya tarikan dan karisma tersendiri.
Macam kita tengah script reading, dia memang ada beritahu yang dia nak datang lambat sikit.
Jadinya, kita tengah script reading, scene dia dekat page ketiga.
Tapi bila nak sampai bahagian Zul, ingatkan dia tak datang.
Dia terus masuk, ‘Assalamualaikum semua.’
Memang salute!
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] ‘Zul Ariffin Ada Aura Yang Menggerunkan, Dia Tak Buat Apa Pun.. Tapi Semua Akan Pandang’ – Aedy Ashraf first appeared on OHBULAN!.





