Perkongsian penyanyi Aisha Retno di media sosialnya mengenai hadiah buat dirinya telah menarik perhatian ramai apabila dia memilih mikrofon buatan khas sebagai simbol perjalanan seninya sepanjang lapan tahun dalam industri muzik.
Artikel Berkaitan: ‘Percaturan Allah Itu Indah’ – Aisha Retno Syukur ‘Jodoh Lebaran’ Meletup Selepas Ujian Konsert Dibatalkan
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Mahu Hadiri Sesi Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical – ‘Tak Salah Mencuba’
Selepas 8 tahun

Menerusi perkongsian di Threads, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, berkongsi bahawa segala cabaran yang ditempuh sepanjang tempoh tersebut akhirnya membawa kepada satu momen yang cukup bermakna.
Hadiahkan diri sendiri dengan sebuah mic custom-made selepas 8 tahun berada dalam industri ini.
InsyaAllah saya masih terus melangkah.
Segala cabaran, jatuh bangun, air mata, keringat, serta setiap momen kecil yang membahagiakan, semuanya berbaloi untuk dihimpunkan menjadi satu kenangan, terutama untuk saat ini.
Usaha lebih keras untuk bidang muzik

Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Sutera’ itu bertekad untuk terus berusaha lebih keras demi merealisasikan minatnya dalam bidang muzik.
Saya akan terus bekerja lebih keras demi minat saya, peminat yang sentiasa bersama, dan sudah tentu keluarga serta sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan.
Sehubungan itu, Aisha menzahirkan penghargaan atas sokongan peminat, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa percaya kepadanya sehingga berjaya memiliki mikrofon sendiri.
Terima kasih beri kepercayaan kepada saya sampai ada mic sendiri.
InsyaAllah semoga yang lebih baik lagi selepas ini di industri penuh warna ini.
Sumber: Threads
The post ‘Reward Diri Sendiri Dengan Mic Custom-Made Selepas 8 Tahun Dalam Industri’ – Aisha Retno first appeared on OHBULAN!.





