27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut petir, angin kencang di utara hingga tengah hari

    Shopee Sale

    Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negeri di utara Semenanjung Malaysia serta beberapa kawasan di Pahang, Johor, Sabah dan Labuan hingga 12 tengah hari ini.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 9 pagi memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang selain Labuan.

    MENARIK:  ULASAN | Perhalusi lantikan naib canselor agar pisang tak berbuah dua kali

    Di Perak, kawasan yang diramal terjejas meliputi daerah Kerian; Larut, Matang Dan Selama; Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

    Bagi negeri Pahang, amaran dikeluarkan untuk kawasan Rompin, manakala di Johor melibatkan daerah Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

    Sementara itu di Sabah, cuaca sama dijangka berlaku di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu) dan Tawau (Tawau).

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah