31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    NGO bantah laluan lepasan UEC ke universiti

    Shopee Sale

    Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) membantah keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang membuka laluan kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke institusi pendidikan tinggi awam (Ipta) bagi program tertentu. 

    Presiden Isma Shuhaib ar-Rumy Selamat berkata langkah tersebut dilihat sebagai pengiktirafan secara berperingkat terhadap UEC serta mengukuhkan sistem pendidikan di luar arus Dasar Pendidikan Kebangsaan. 

    Menurut Shuhaib, tindakan itu memberi isyarat bahawa kerajaan semakin longgar dalam mempertahankan asas pembinaan negara bangsa. 

    "Pendidikan ialah benteng utama sesebuah negara. Melalui pendidikan, negara membentuk identiti rakyat, bahasa bersama, kefahaman sejarah, semangat patriotisme, dan kesetiaan kepada negara.

    "Apabila asas ini semakin dilonggarkan, negara sedang membuka ruang kepada perpecahan identiti dalam generasi akan datang," katanya.

    Semalam, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.

    Bagi calon aliran itu  yang turut memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka boleh memohon mana-mana program pengajian yang ditawarkan melalui sistem UPUOnline mengikut kiraan merit berdasarkan pakej mata pelajaran yang ditetapkan.

    Bagi calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz, antara program dikenal pasti ialah Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Diploma dan Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah, Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz serta Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah).

    MENARIK:  Pelabur berdemo tuntut tangkap pengasas MyAirline Allan Goh

    Bagi calon lepasan SMPC/UEC pula, antara programnya ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina dan Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan.

    calon aliran itu yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta diperakui KPM boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program tertentu di Ipta.

    ‘Risiko polarisasi kaum’

    Dalam kenyataan hari ini, Isma menyatakan kebimbangan bahawa keputusan itu akan melemahkan martabat bahasa Melayu serta melebarkan polarisasi antara kaum di negara ini. 

    Pertubuhan itu turut berpendapat bahawa pendekatan meritokrasi dan akses inklusif yang ditekankan KPT tidak seharusnya dilihat daripada sudut akademik semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira perananan pendidikan dalam membina perpaduan. 

    Shuhaib berkata keputusan itu mungkin memberi keuntungan politik jangka pendek, namun ia bakal memberi kesan besar terhadap masa depan negara termasuk risiko konflik sosial akibat identiti nasional yang lemah. 

    “Dari sudut kenegaraan dan pendidikan kebangsaan, kenyataan KPT ini sangat membimbangkan kerana, memberi isyarat bahawa negara semakin longgar dalam mempertahankan asas pembinaan negara bangsa Malaysia,” katanya.

    Isma seterusnya menyeru kerajaan agar mengkaji semula keputusan tersebut dan memperkukuh sistem pendidikan kebangsaan sebagai asas identiti negara. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah