31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Jangan Kedekut Dengan Ibu Bapa, Walaupun Dah Tak Serumah.. Berilah Sesuatu Tanda Ingatan’ – Ziana Zain

    Shopee Sale

    Penyanyi terkenal, Ziana Zain menekankan kepentingan untuk sentiasa berbuat baik dan tidak berkira terhadap kedua-dua ibu bapa.

    Artikel Berkaitan: ‘Pergi Bertanding Tak Dapat Duit Atau Elaun Dari Syarikat Rakaman’ – Ziana Zain

    Artikel Berkaitan: Anuar & Ziana Zain Tak Sokong Istillah ‘Pelapis’ Penyanyi – ‘Masing-Masing Unik Dengan Kekuatan Tersendiri’

    Tanda ingatan pada mereka

    " data-video-id="7639600713404091655" style="max-width: 605px;min-width: 325px">
    @kasionzchannel Jangan kedekut dengan ibu bapa. Layan episod 24 di Youtube KasiOnz, Jumaat jam 8 malam. #KasiOnz Channel dihos oleh pasangan Ezwan Zain & Erra Fazira. Real talk untuk jiwa yang tak pernah putus asa! #EzwanErra @Fazira Wan Chek @ezwanzain ♬ original sound – KasiOnz

    Menerusi sebuah podcast bersama Studio Sembang di TikTok, Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, menjelaskan bahawa walaupun sudah tinggal berasingan, setiap pemberian kepada ibu bapa merupakan tanda ingatan dan kasih sayang terhadap mereka.

    Jangan kedekut dengan ibu bapa kita.

    Walaupun kita dah duduk rumah lain, sekali-sekala itu berilah sesuatu.

    Kadang-kadang mereka akan cakap apa, ‘Apa yang kau beli ini? Ingat aku makan?’

    Tapi sebenarnya itu adalah tanda ingatan kita pada dia.

    Bercerita lanjut, pelantun lagu ‘Madah Berhelah’ itu turut mendedahkan momen menyentuh hati apabila anak-anaknya sendiri melakukan perkara yang sama terhadap dirinya.

    Jadi bila kita praktis amalan sebegitu, anak-anak kita pula yang tengok.

    Sekarang, ingatan daripada kita, anak-anak bawa balik makanan untuk kita.

    Sewaktu itu saya menangis, ‘Ya Allah, terima kasih anakku.’

    Mereka cakap pada saya, ‘Tak apa lah, ini untuk ibu, sebab selalu beli untuk atuk dengan nenek.’

    Bagi saya, itu imbuhan yang Allah bagi.

    Itu dipanggil nikmat dan rahmat.

    Sumber: TikTok

    MENARIK:  Tular Video Rozita Ibrahim Didakwa Pimpin Tangan Suami Baru?

    The post [VIDEO] ‘Jangan Kedekut Dengan Ibu Bapa, Walaupun Dah Tak Serumah.. Berilah Sesuatu Tanda Ingatan’ – Ziana Zain first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah