29.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pesara kerajaan rugi lebih RM3 juta diperdaya ‘pelaburan saham’

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan seorang pesara kerajaan rugi RM3.07 juta selepas terperdaya dengan iklan dalam talian yang menawarkan skim pelaburan saham tidak wujud pada Julai lalu.

    Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata wanita berusia 62 tahun itu melihat iklan berkenaan di media sosial dan tertarik dengan janji keuntungan segera serta mudah, sebelum menekan pautan yang tertera dan berhubung dengan suspek.

    Katanya warga emas terbabit kemudian diminta untuk memuat naik suatu aplikasi di telefon bimbit kononnya bagi membolehkan mangsa memantau pelaburan yang dilakukannya.

    MENARIK:  ULASAN | Tiada kuasa ajaib mengubah 'pengganas rumah tangga'

    “Mangsa yang percaya dengan keuntungan segera dijanjikan kemudiannya membuat 29 transaksi pindahan wang berjumlah RM3,070,443 ke enam akaun bank berbeza atas arahan suspek bagi tempoh antara 19 Ogos hingga 15 Okt lalu.

    “Mangsa bagaimanapun mengesyaki ditipu apabila gagal membuat pengeluaran wang pelaburan melalui aplikasi yang diberikan, manakala suspek pula gagal dihubungi.

    “Dia kemudian membuat laporan polis pada 24 Okt lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ab Rahaman berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah