33.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes Tabung Haji: SPRM akan dakwa beberapa orang esok, lusa

    Shopee Sale

    Beberapa individu yang pernah ditahan berhubung siasatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini, akan didakwa di mahkamah esok dan lusa, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Abd Halim Aman.

    Difahamkan pertuduhan tersebut akan dibuat di mahkamah di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Kelantan.

    “Dua pertuduhan itu melibatkan penyalahgunaan kuasa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kerana menipu.

    “Terdapat juga satu lagi kertas siasatan akan dikemukan kepada Peguam Negara akan didakwa minggu hadapan, selepas siasatan terbaharu SPRM dalam isu pajakan hartanah dalam pelaburan Al Rawda iaitu pajakan hotel di Mekah dan Madinah melibatkan Saudi Riyal 2.49 bilion,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.

    Abd Halim tidak menolak kemungkinan kertas siasatan yang dijangka didakwa pada minggu hadapan itu, membabitkan golongan kenamaan serta pernah direman SPRM sebelum ini.

    MENARIK:  PM gesa penjawat awam tingkat prestasi selaras kenaikan gaji

    Beliau berkata secara keseluruhan, pihaknya telah membuka 14 kertas siasatan berkaitan RCI TH dengan empat daripadanya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

    “Setakat ini sebanyak 18 individu ditahan dengan 11 daripadanya ditahan reman, selain memanggil 245 saksi serta memeriksa dan menggeledah 60 premis, bagi mendapatkan dokumen berkaitan,” katanya.

    Abd Halim berkata antara 11 individu yang ditahan reman itu, melibatkan bekas CEO TH Plantation, bekas CFO TH Plantation, bekas pengarah Putra Perdana Construction, bekas Pengarah Putrajaya Perdana Berhad dan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah