31.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MAHA 2026 Catat MoU RM1.49 Bilion! Ini Antara Tarikan Menarik Yang Korang Boleh Explore

    Shopee Sale

    Kalau korang ingat MAHA cuma tempat nak tengok hasil pertanian dan beli produk tempatan, tahun ni memang kena fikir semula!

    MAHA 2026 kembali dengan macam-macam tarikan menarik, termasuklah Majlis Perasmian MAHA Go Global (District 1) yang berlangsung sempena MAHA Trade Days 2026.

    Bukan sekadar majlis biasa, acara ini turut menyaksikan 14 pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dengan nilai keseluruhan RM1.49 bilion antara pencapaian besar yang menunjukkan bagaimana produk dan industri agromakanan Malaysia semakin membuka langkah ke pasaran global.

    14 MoU, RM1.49 Bilion! MAHA Go Global jadi platform hubungkan produk tempatan dengan dunia

    Menerusi MAHA Trade Days 2026 yang berlangsung dari 1 September 2026 hingga 3 September 2026, hampir 2,000 pempamer dengan produk sedia eksport (export-ready) bertemu 40 pembeli antarabangsa yang terdiri daripada pemborong, pengedar dan peruncit.

    Platform ini membuka peluang kepada pemain industri tempatan untuk memperkenalkan produk ke pasaran baharu, mencari rakan strategik serta mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

    Daripada 14 MoU bernilai RM1.49 bilion yang dimeterai, kerjasama meliputi pelbagai sektor agromakanan termasuk pemprosesan hasil pertanian, ternakan, makanan halal, teknologi, pembangunan kapasiti dan produk nanas. 

    Antaranya ialah pembangunan loji pemprosesan nanas di Tukau, Miri Sarawak bernilai RM1.031 bilion, selain kerjasama berkaitan produk pertanian, ladang ayam pedaging berteknologi tinggi dan baja khusus tanaman nanas.

    Angka dah cecah RM1.49 bilion, sasaran lebih besar menanti

    Kalau RM1.49 bilion pada hari pertama pun dah nampak besar, jumlah itu sebenarnya sebahagian daripada sasaran RM8 bilion bagi nilai pelaburan dan perdagangan MAHA 2026.

    Sebab itu MAHA tahun ini bukan sekadar tentang pameran. Ia turut menjadi ruang untuk pemain industri tempatan mencari peluang baharu, membina jaringan perniagaan dan membawa produk Malaysia lebih jauh.

    Tapi kalau korang bukan orang industri pun, jangan risau…memang banyak benda yang korang boleh explore!

    Dari kanak-kanak sampai orang dewasa, semua boleh enjoy

    Salah satu benda menarik tentang MAHA ialah korang bukan sekadar datang untuk tengok booth je.

    MENARIK:  [VIDEO] Berpakaian Seksi Hingga Nampak L*rah, Sophia Albarakbah Nafi Sengaja Cetuskan Kontroversi – ‘Saya Hanya Pakai Baju Yang Ditaja’

    Ada pelbagai tarikan berkaitan agro, teknologi, makanan dan hasil tempatan yang boleh diterokai sepanjang acara. 

    Korang juga boleh tengok sendiri bagaimana teknologi digunakan dalam sektor pertanian, kenal produk daripada usahawan tempatan dan explore pelbagai hasil agro yang mungkin selama ni korang tak pernah tahu pun wujud.

    Kalau datang dengan family pula, lagi banyak benda boleh dibuat. Antaranya pengalaman yang lebih interaktif seperti petting zoo, mini agro safari, Laman Padi dan Laman Nanas, selain pelbagai tarikan lain yang sesuai untuk pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.

    Nak rasa macam travel satu dunia? Singgah Pavilion Antarabangsa

    Satu lagi yang menarik, MAHA 2026 turut menghimpunkan pavilion antarabangsa yang menampilkan penyertaan dari pelbagai negara.

    Jadi selain produk tempatan, korang juga boleh tengok sendiri produk, makanan, teknologi dan inovasi pertanian dari negara-negara lain macam dapat ‘window shopping’ versi agro antarabangsa dalam satu tempat.

    Memang boleh jadi satu pengalaman yang berbeza kalau korang datang sini!

    MAHA 2026 masih berlangsung sampai 6 September, jom datang!

    Kalau korang masih belum berkesempatan nak datang, jangan risau sebab MAHA 2026 masih berlangsung sampai 6 September!

    Masih sempat nak ajak family, kawan-kawan atau pasangan untuk luangkan masa sambil tengok sendiri apa yang menarik di MAHA tahun ini.

    Nak cari makanan dan produk tempatan, kenal usahawan, tengok teknologi serta inovasi dalam sektor pertanian atau bawa anak-anak cuba aktiviti yang disediakan? 

    Semua ada di sini. Jadi, kalau tengah cari idea nak buat apa hujung minggu ni, boleh masukkan MAHA 2026 dalam list korang! Mana tahu balik nanti bukan setakat penuh tangan dengan barang shopping, tapi penuh juga dengan pengalaman baru.

    The post MAHA 2026 Catat MoU RM1.49 Bilion! Ini Antara Tarikan Menarik Yang Korang Boleh Explore first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah