30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pertimbang semula pelantikan ahli politik didakwa rasuah terajui GLC’

    Shopee Sale

    Pemuda DAP Sabah menggesa kerajaan negeri menimbang semula pelantikan Yusof Yacob sebagai pengerusi Sabah Development Bhd (SDB), dengan membangkitkan pendakwaan rasuah yang sedang dihadapi bekas adun Sindumin itu.

    Ketuanya, Chan Loong Wei berkata pelantikan baru dalam GLC tidak seharusnya melibatkan individu yang telah disabitkan bersalah di mahkamah, mahupun yang sedang berdepan kes undang-undang yang serius.

    “Ketua Menteri, Hajiji Noor berulang kali menegaskan GLC perlu diterajui oleh kepimpinan yang berkeupayaan dan berwibawa supaya dapat berfungsi sebagai pemangkin ekonomi yang berkesan untuk rakyat dan negeri. Pelantikan ini tidak mencerminkan aspirasi tersebut.

    “Melantik seorang individu yang masih berdepan kes mahkamah ke lembaga pengarah GLC menimbulkan kebimbangan serius berkaitan integriti, kepercayaan awam dan kredibiliti kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Terdahulu hari ini, Yusof dalam hantaran di Facebook memaklumkan  dia telah memulakan tugasnya di pejabat SDB di Menara Kinabalu semalam.

    SDB ialah sebuah GLC di bawah Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan Sabah.

    Yusof Yacob

    Yusof merupakan antara ahli politik Sabah yang terpalit dalam skandal lesen perlombongan mineral di negeri itu.

    MENARIK:  Skandal tender: Lagi pegawai kanan tentera disiasat SPRM

    Pada 30 Jun tahun lepas, Yusof dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menerima wang tunai RM200,000 daripada ahli perniagaan Albert Tei.

    Seorang lagi ahli politik yang didakwa di mahkamah berkaitan skandal itu adalah bekas adun Tanjung Batu, Andi Suryady Bandy.

    Mengulas lanjut, Chan membangkitkan kenyataan Hajiji sebelum ini, berhubung keperluan untuk menstrukturkan semula GLC di negeri itu bagi mengukuhkan tadbir urus korporat dan menjamin GLC diuruskan oleh kalangan yang cekap dan profesional.

    Dia berkata, pelantikan individu seperti Yusof akan hanya menghakis keyakinan rakyat dan membangkitkan persoalan berhubung komitmen kerajaan terhadap ketelusan dan tadbir urus yang baik.

    “Reformasi mesti dizahirkan melalui tindakan. Jika tidak, pelantikan sedemikian hanya akan menjejaskan kepercayaan awam dan integriti pentadbiran,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah