26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Johor: Cuaca baik kecuali hujan lebat di Muar

    Shopee Sale

    Cuaca cerah mengiringi permulaan hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 hari ini di kebanyakan kawasan di seluruh negeri, kecuali di Muar yang dilanda hujan lebat sejak awal pagi.

    Tinjauan Bernama di beberapa pusat mengundi mendapati petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), anggota keselamatan serta pengamal media telah berada di lokasi seawal 7 pagi.

    Di Sekolah Kebangsaan Seri Pantai, Mersing cuaca cerah dengan pengundi termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas antara yang terawal dibenarkan memasuki pusat mengundi.

    Keadaan cuaca sama di Dewan Raya Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang, Batu Pahat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai.

    Bagaimanapun, hujan lebat sejak awal pagi tidak menghalang pengundi hadir ke pusat mengundi antaranya SJKC Limbong dan Sekolah Kebangsaan Ismail 1 untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

    MENARIK:  PM: TikTok jamin kerjasama dengan SKMM, BNM tangani scam, buli siber

    Lebih 2.7 juta pengundi akan memilih wakil rakyat masing-masing hari ini bagi mengisi kekosongan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi 172 calon di 1,076 pusat mengundi di seluruh Johor.

    Proses pengundian bermula 8 pagi dengan waktu penutupan berbeza mengikut pusat mengundi yang ditetapkan SPR, sebelum pengiraan undi dijalankan sejurus selepas tamat tempoh pengundian.

    Sebelum pembubaran DUN pada 1 Jun lepas, Barisan Nasional (BN) menguasai 40 kerusi diikuti Pakatan Harapan (12), Perikatan Nasional (tiga), manakala Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) satu kerusi.

    Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah