26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perpaduan kunci kejayaan Malaysia di Sukan Sea Thailand 2025 – Nurul Huda

    Shopee Sale

    Perpaduan, matlamat bersama dan keyakinan kolektif menjadi tunjang utama kejayaan kontinjen negara mencatat pungutan pingat bersejarah pada Sukan SEA Thailand 2025, kata Ketua Kontinjen Negara, Nurul Huda Abdullah.

    Malaysia menamatkan kempen Sukan SEA Thailand 2025 dengan jumlah keseluruhan 231 pingat merangkumi 57 emas, 57 perak dan 117 gangsa, sekali gus menjadi pungutan tertinggi negara di luar penganjuran Kuala Lumpur.

    Nurul Huda berkata kejayaan yang turut menyaksikan Malaysia menduduki tempat keempat keseluruhan itu bukan diraih secara kebetulan, sebaliknya hasil kerja berpasukan yang konsisten serta usha tersusun di semua peringkat kontinjen.

    “Ini adalah kedudukan yang dicapai melalui perpaduan, konsistensi, kerja berpasukan, persediaan rapi, peranancangan teliti serta usaha tidak berbelah bahagi daripada semua warga sukan dan pihak berkepentingan yang menggalas Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan,” katanya pada sidang media prestasi keseluruhan kontinjen negara di Bangkok, hari ini.

    Bekas ratu renang negara itu menjelaskan nilai perpaduan diterapkan sebagai prinsip teras sejak sebelum temasya dwitahunan edisi ke-33 itu bermula, dengan kontinjen tiba di Thailand membawa matlamat jelas dan rasa tanggungjawab untuk mengharumkan nama negara.

    Nurul Huda Abdullah

    Menurut beliau, dua minggu pertandingan membuktikan kemampuan besar yang boleh dicapai apabila atlet dan pegawai bergerak seiring ke hadapan dengan objektif yang sama.

    MENARIK:  Penamaan calon PRU Singapura 2025 hari ini

    Beliau turut menegaskan kejayaan di Thailand bukan hanya milik mereka yang berada di lapangan, sebaliknya juga hasil sumbangan besar pasukan sokongan di belakang tadbir serta rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan dorongan.

    Pungutan 57pingat emas pada temasya kali ini juga merupakan yang tertinggi dalam tempoh enam tahun sejak edisi 2019 di Filipina yang menyaksikan Malaysia meraih 55 emas.

    Majlis penutup Sukan SEA Thailand 2025 dijadual berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala pada pukul 7 malam waktu tempatan, hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah