33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ahli PKR jangan tebuk kapal sendiri – Fuziah

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh mengingatkan sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita agar tidak mensabotaj perpaduan parti demi agenda peribadi.

    Dalam satu ucapan yang penuh semangat ketika merasmikan Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita PKR di Johor Bahru, Fuziah mengibaratkan PKR sebagai sebuah kapal yang sedang menuju ke destinasi penting.

    Dia menggesa semua ahli agar tidak bertindak seperti ‘penebuk lubang’ dalam kapal yang sama.

    “Ini parti kita, kita berada dalam kapal. Kalau kita bawa agenda peribadi dan kita tebuk kapal ini, maka semua akan tenggelam,” tegasnya, disambut tepukan gemuruh hadirin.

    Fuziah turut mengingatkan pembinaan “kapal” bernama PKR bukanlah hasil kerja sehari dua, sebaliknya terbina atas pengorbanan, keringat dan air mata — termasuk pengalaman pemimpinnya yang pernah dipenjara dan ditindas.

    MENARIK:  Video kritik PM: Jorjet Myla dilapor ditahan bawah Akta Hasutan

    “Kita bina dengan susah payah. Satu ketika kita dianggap parti nyamuk, tapi hari ini kita adalah kerajaan, dan presiden kita adalah perdana menteri.

    “Jangan biar sesiapa tebuk lubang dalam kapal kita,” katanya lagi.

    Dia juga menekankan kepentingan menjadikan politik nilai sebagai panduan dalam menyelesaikan perbezaan pendapat di dalam parti, agar perbezaan tidak membawa kepada perpecahan.

    “Kita berlawan macam adik-beradik, bukan musuh.

    “Kita buat terbaik sebab kita sayang parti kita. Kita semua adalah Keadilan (PKR),” katanya.

    Ucapan Fuziah itu hadir di tengah-tengah kempen pengundian PKR yang dikatakan "bergelora', dengan gesaan agar semua calon dan penyokong mendahulukan kepentingan parti berbanding kelompok dan individu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah