27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penduduk Orang Asli Kg Kenang mahu k’jaan Perak wartakan tanah adat

    Shopee Sale

    Penduduk masyarakat Orang Asli Kampung Kenang, Jalong Tinggi, Sungai Siput (U) meminta kerajaan negeri Perak mewartakan seluruh tanah adat yang diusahakan mereka di kawasan itu.

    Menurut jurucakap jawatankuasa bertindak tanah adat Kampung Kenang, Itam Dol Busu, berkata sejak tahun 2003 banyak usaha dilakukan untuk jual beli atau pindah milik tanah yang telah diduduki atau diusahakan masyarakat Orang Asli berkenaan.

    Hari ini 12 wakil masyarakat Orang Asli Kampung Kenang, Jalong Tinggi telah hadir menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad.

    Memorandum berkenaan telah diserahkan wakil masyarakat Orang Asli kepada pegawai menteri besar.

    "Tujuan dan isi kandungan memorandum bagi menuntut agar satu proses rundingan jelas dan menyeluruh diadakan bagi memaklumkan status sebenar tanah yang diduduki serta diusahakan masyarakat Orang Asli penduduk Kampung Kenang di Jalong Tinggi.

    "Sekaligus juga penyelesaian yang bermaksud mewartakan seluruh Tanah Adat Orang Asli Kampung Kenang.

    "Setakat ini telah ada banyak percubaan sejak tahun 2003 untuk jual beli atau pindah milik tanah yang telah diduduki, diguna pakai atau diusahakan masyarakat Orang Asli Kampung Kenang turun temurun," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Mengulas lanjut, Itam berkata, sejak tahun lalu beberapa kali pihaknya didatangi mereka yang mahu membeli tanah di kawasan Tanah adat yang diusahakan dengan pelbagai tanaman oleh masyarakat Orang Asli.

    MENARIK:  Bantah Yeo: Umno Puchong putus kerjasama dengan PH Puchong

    Katanya, jawatankuasa bertindak telah membuat siasatan serta carian dan hasilnya mengejutkan apabila mendapati tanah yang turun temurun diduduki dan diusahakan telah diberi milik kepada orang luar.

    "Oleh itu, seperti tuntutan kami itu, kami berharap pihak menteri besar Perak dengan kesungguhan politik membuat semakan status dan maklum setelusnya kepada seluruh masyarakat Orang Asli kami, batalkan nama-nama orang luar yang diberi milik Tanah Adat kami yang semua ini perlu ditunjukkan dalam satu proses rundingan yang telus, jelas dan melibatkan keseluruhan masyarakat Orang Asli Kampung Kenang Jalong Tinggi Sungai Siput (U) Perak.

    "Kami telah menduduki dan mengusahakan tanah ini sejak tahun 70-an. Macam-macam kebun diusahakan termasuk tanam sawit dan ini adalah sumber pendapatan kami di sini," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah