25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda DAP gesa sekatan perjalanan Fahmi digugur

    Shopee Sale

    Pemuda DAP mengecam larangan perjalanan terhadap Fahmi Reza sebagai tindakan keras yang tidak wajar dan menggesa agar ia dibatalkan serta-merta tanpa syarat.

    Ketua sayap parti itu, Woo Kah Leong menegaskan imej kerajaan tidak seharusnya tercalar oleh tindakan seperti itu.

    “Seseorang yang hanya menyindir melalui kata-kata dan karikatur tidak patut dihalang dan dilarang untuk keluar negara,” kata Woo dalam satu kenyataan hari ini.

    “Jika penulisan dan lukisannya benar-benar menyalahi undang-undang, maka bawalah individu itu ke muka pengadilan dan biarlah hakim yang menentukan — bukan menggunakan kuasa pentadbiran untuk menghalang dia daripada ke luar negara.”

    Dalam kenyataan berasingan, Ketua Publisiti Pemuda DAP, Ho Chi Yang menegaskan tugas agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengekalkan ketenteraman awam bukan menindas suara tidak sehaluan atau kritikan.

    “Malaysia bukanlah sebuah negara polis. Rakyat berhak untuk menyuarakan pandangan yang pelbagai.

    “Agensi penguatkuasaan undang-undang harus bergerak seiring zaman, mempertahankan hak asasi manusia, dan mendukung semangat demokrasi — bukannya kembali kepada amalan menindas seperti zaman pemerintahan silam dan bertindak seperti polis moral yang sentiasa memantau dan menyekat kebebasan bersuara,” katanya.

    Menurut Ho, penggunaan seni satira oleh Fahmi untuk mengkritik tokoh awam, ketidakadilan sosial dan dasar yang cacat bukanlah satu jenayah, sebaliknya merupakan sebahagian daripada wacana demokrasi yang sihat.

    MENARIK:  Khairuddin bukan lagi Ketua Pengarah J-Kom

    Layanan tidak adil terhadap Fahmi menunjukkan agensi penguatkuasaan undang-undang masih terlalu sensitif terhadap suara tidak sehaluan dan satira, yang akhirnya mengecilkan ruang kebebasan asas dan kebebasan bersuara rakyat.

    Terdahulu hari ini, Fahmi telah cuba menaiki penerbangan ke Singapura untuk menghadiri konsert dua kumpulan punk kegemarannya.

    Namun, dia mendapati dirinya telah disenarai hitam untuk ke luar negara.

    Menurutnya, seorang pegawai imigresen di lapangan terbang memberitahu bahawa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tidak memberikan kebenaran untuk dia meninggalkan negara.

    Apabila dia bertanya mengapa, pegawai tersebut menyuruhnya bertanya terus kepada Bukit Aman.

    Minggu lalu, dia telah dinafikan masuk ke Sabah dan dihantar pulang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

    Fahmi telah diberikan notis penolakan masuk sejurus ketibaan dan mendakwa arahan itu datang daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

    Pada penghujung Disember lalu, artis-aktivis itu telah ditahan di Sabah kerana mempamerkan karikatur yang menggambarkan Musa Aman sebagai individu yang korup.

    Dia kemudiannya dihantar pulang dari negeri tersebut pada awal Januari.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah