33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda Bersatu Jasin pertikai kuasa SKMM kawal akaun media sosial

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mempunyai kuasa untuk menutup sebarang akaun media sosial tanpa melalui proses perundangan yang sah dakwa Pemuda Bersatu Jasin.

    Ketua penerangannya, Na’im Brundage, berkata bagaimanapun baru-baru ini terdapat pelbagai laporan yang menyatakan SKMM menyekat video dan akaun media sosial yang kritikal terhadap kerajaan.

    “Tindakan-tindakan tersebut kemudian dipertahankan oleh SKMM sebagai langkah untuk menjaga keharmonian negara, dengan merujuk kepada kuasa yang diperuntukkan kepada suruhanjaya tersebut melalui Akta Komunikasi dan Multimedia.

    “Namun, selepas pemeriksaan yang teliti terhadap akta tersebut kami dapati tiada sebarang kuasa yang telah diperuntukkan kepada SKMM untuk menutup sebarang akaun media sosial tanpa melalui proses perundangan yang sah,” jelasnya.

    Justeru kata Na’im, keadaan ini menimbulkan persoalan serius mengenai perananan dan kuasa SKMM yang berkemungkinan bertindak sebagai penyiasat, pendakwa, dan hakim bagi kes-kes berkaitan.

    Katanya, demi memastikan SKMM bertindak secara adil, agensi itu harus diletakkan di bawah pengawasan yang bebas daripada pengaruh badan eksekutif.

    MENARIK:  Jenazah wartawan Bernama Nur Adika selamat dikebumikan

    “Tanpa pengawasan yang teliti dari pihak yang bebas daripada pengaruh politik, terdapat risiko yang besar SKMM akan berfungsi sebagai alat pemerintah dan bukan sebagai sebuah badan yang objektif dan adil.

    “Insiden SKMM mengekang hak kebebasan bersuara ini boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat dan memperkuatkan persepsi bahawa SKMM adalah alat bagi pemerintah untuk menindas suara kritik dan pihak pembangkang,” tegasnya.

    Oleh itu tambahnya lagi, tindakan harus diambil segera untuk memelihara integriti dan kepercayaan rakyat terhadap SKMM sebagai sebuah institusi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah