29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemimpin Umno letak jawatan dalam Yayasan Wilayah Persekutuan

    Shopee Sale

    Seorang pemimpin akar umbi Umno Wilayah Persekutuan meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan.

    Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, ketua Umno bahagian Batu, berbuat demikian susulan keputusan bahagian itu memutuskan hubungan politik dengan Pakatan Harapan (PH).

    “Janji dikota. 

    “Tiada lagi hubungan politik antara komponen PH dengan Umno Batu di peringkat parlimen Batu dan Wilayah Persekutuan,” katanya di media sosial hari ini.

    Surat peletakan jawatan yang dihantar kepada pengerusi yayasan itu Zaliha Musafa, yang juga menteri Wilayah Persekutuan,  bertarikh hari ini turut dikongsi.

    MENARIK:  Angka korban kebakaran hutan di Los Angeles meningkat kepada 24

    Terdahulu dia berkata peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa serta-merta.

    P Prabakaran

    Sementara itu, Free Malaysia Today melaporkan bahawa Gulam Muszaffar berkata Umno Batu memutuskan hubungan dengan PH kerana tidak puas hati berkaitan pengagihan sub zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

    Katanya, PH tidak menunaikan janji memberikan satu daripada enam sub zon, yang akhirnya diperoleh PKR.

    Dia juga berkata anggota Parlimen Batu P Prabakaran daripada PKR tidak pernah memberikan peruntukan kepada Umno untuk membuat kerja-kerja di parlimen Batu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah