32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ryzall Noh Pertaruh ‘Natijah Cinta’, Lagu Patah Hati Paling Jujur – ‘Realiti Sebuah Hubungan’

    Shopee Sale

    Penyanyi berasal dari Singapura, Ryzall Noh, tampil mempertaruhkan single terbaharunya berjudul ‘Natijah Cinta’, sekali gus meneruskan perjalanan seninya sebagai artis solo.

    Artikel Berkaitan: Kenny G Kembali Gegar Malaysia Menerusi Konsert ‘King Of Saxophone’ Pada 12 Julai Ini

    Artikel Berkaitan: Shasha And The Boys, MAY & Sofea Antara Barisan Artis Rock Di Konsert Rock Car Park 2026

    Ryzall Noh luah rasa kecewa, kehilangan

    Sebelum bergerak secara solo, Ryzall pernah menganggotai kumpulan Audionauts sebagai vokalis utama dari tahun 2010 hingga 2017.

    Sepanjang tempoh tersebut, kumpulan itu berjaya meraih pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Kumpulan/ Duo Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2013, Lagu Tertinggi Royalti di Anugerah Compass Singapura sebanyak dua kali serta Artis Popular Singapura di Anugerah Planet Muzik 2015.

    Natijah bermaksud keputusan, kesimpulan, kesudahan ataupun akibat daripada sesuatu peristiwa atau tindakan.

    Bagi saya, lagu ini berkisarkan tentang realiti sebuah hubungan.

    Apabila janji yang dibina bersama akhirnya berubah perlahan-lahan runtuh tanpa kita sedari.

    Lagu ini bukan sekadar lagu cinta biasa, tapi lebih kepada rasa kecewa, kehilangan dan penerimaan terhadap perubahan manusia.

    Saya yakin ramai boleh kaitkan kisah lagu ini dengan kehidupan mereka sendiri sebab kadang-kadang, orang yang paling kita kenal tak mustahil akhirnya menjadi orang yang sangat asing dengan kita.

    Berkongsi lebih lanjut mengenai ‘Natijah Cinta’, Ryzall mengakui dia tertarik dengan kekuatan melodi dan lirik yang dimiliki lagu tersebut.

    Justeru, dia memberikan sepenuh komitmen dalam proses rakaman agar hasil akhirnya dapat disampaikan dengan sebaik mungkin kepada pendengar.

    Antara perkara yang saya paling suka tentang lagu ini adalah melodinya yang senang dihadam dan bahagian korus yang ‘catchy’.

    Saya juga suka akan emosi dan ‘mood’ yang terkandung dalam melodi, lirik hinggalah ke susunan lagu, semuanya membawa rasa yang sangat jujur.

    Saya mahu ketengahkan rasa yang organik dalam lagu ini.

    Selain itu, apabila anda dengar, ada elemen pop rock serta campuran bunyian 90’an dan moden.

    Cabaran dapatkan feel

    Selain itu, ditanya mengenai cabaran sepanjang penghasilan lagu berkenaan, Ryzall menjelaskan bahawa setiap aspek diberikan perhatian serius demi memastikan karya itu mencapai standard yang diinginkan.

    Cabaran yang ketara adalah mendapatkan ‘feel’ yang betul untuk merakam lagu ini dengan baik.

    Selain itu, hal-hal yang melibatkan pengurusan masa, kesihatan mahupun ‘tone’ suara, semua itu saya titikberatkan dalam penerbitan lagu ini.

    Saya memang cerewet apabila melibatkan emosi dalam nyanyian sebab saya tak mahu lagu ini kedengaran terlampau teknikal atau kosong tak berjiwa.

    Proses rakaman dan produksi juga melibatkan banyak eksperimen susunan muzik dan mencari ‘tone’ vokal yang betul-betul saya mahukan.

    Insya-Allah, hasil usaha ini akan sampai kepada pendengar.

    Dalam pada itu, Ryzall turut menzahirkan rasa puas hati terhadap kerjasamanya bersama Yazri Malik yang turut bertindak sebagai komposer lagu tersebut.

    MENARIK:  Ayu Raudhah Mengandung Anak Ketujuh, Usia Kandungan Sudah 7 Bulan – 'Saya Akan Bersalin Bulan Ketujuh'

    Menurutnya, Yazri memahami sepenuhnya hala tuju muzik dan emosi yang ingin diterapkan dalam karya itu.

    Tambahnya lagi, keserasian mereka dalam bertukar pandangan dan idea menjadikan proses penghasilan ‘Natijah Cinta’ berjalan lancar serta berjaya membentuk identiti tersendiri buat lagu berkenaan.

    Ryzall turut berharap lagu ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk mengembangkan lagi namanya dalam industri muzik Malaysia.

    Malaysia memang antara pasaran dan memiliki pendengar yang dekat di hati saya sejak dulu lagi.

    Saya juga kerap berulang alik ke Kuala Lumpur dan Johor.

    Harapnya, lagu Natijah Cinta ini boleh menjadi jambatan agar lebih ramai pendengar di Malaysia mengenali muzik saya dan diri saya dengan lebih dekat.

    Apa yang penting, saya harap lagu ini dapat diterima ikhlas oleh semua pendengar tanpa mengira negara dan perkara-perkara lain.

    Saya boleh katakan, Natijah Cinta adalah seperti satu ‘heartbreak’ dalam sebuah lagu.

    Di samping itu, Ryzall menzahirkan penghargaan kepada peminat di Malaysia yang sentiasa menyokong perjalanan seninya sejak dahulu lagi.

    Terima kasih kepada pendengar-pendengar Malaysia yang menyokong karya-karya saya selama ini.

    Saya sangat hargai setiap sokongan, masa dan komen membina daripada pendengar dan rakan-rakan di Malaysia dan kepada yang baru mengenali saya.

    Saya harap muzik ini dapat menjadi teman dalam perjalanan hidup anda semua.

    Insya-Allah, akan ada banyak lagi karya daripada saya selepas ini. ‘I love you Malaysia!

    Lagu ‘Natijah Cinta’ kini sudah tersedia untuk didengari menerusi pelbagai platform penstriman digital termasuk Spotify dan YouTube.

    The post Ryzall Noh Pertaruh ‘Natijah Cinta’, Lagu Patah Hati Paling Jujur – ‘Realiti Sebuah Hubungan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah