29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu Agong tolak darurat: Peguam fail rayuan di Mahkamah Persekutuan

    Shopee Sale

    Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar memfailkan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran merayu berkaitan semakan kehakimannya berhubung keputusan bekas Yang di-Pertuan Agong yang tidak bertindak atas nasihat perdana menteri untuk mengisytiharkan darurat, lima tahun lepas.

    Beliau ketika dihubungi Bernama berkata notis usul itu difailkan pada Jumaat lepas melalui firma guaman Messrs R. Kengadharan & Co.

    Pada 4 Mei tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Collin Lawrence Sequerah, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Supang Lian dan Datuk Dr Alwi Abdul Wahab menolak rayuan Syed Iskandar.

    Syed Iskandar sebelum ini memfailkan saman pemula pada 2020, memohon untuk menentukan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.

    MENARIK:  Hadap tiap hari, sepatutnya respons DBKL lebih bijak - Takiyuddin

    Beliau menamakan Kerajaan Malaysia dan 10 lagi sebagai defendan.

    Pada 15 Feb 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman pemula difailkan Syed Iskandar, antara lain memohon mahkamah menentukan sama ada di bawah Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menolak pengisytiharan Darurat walaupun dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

    Sequerah berkata Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa perkara berkenaan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mahkamah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah