Pelakon Ikmal Amry berkongsi kisah kehidupannya sebelum meraih populariti dalam industri seni dan mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Isteri Tak Suka Saya Tayang Badan’ – Ikmal Amry Kurangkan ‘Belanja’ Di Sosial Media, Hanya Tunjuk Dalam Naskhah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ikmal Amry Dedah Momen Awal Percintaan, Terpikat Dengan Gelak Tawa Isteri
Sayang isteri

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik, seorang pengguna Threads dilihat mengajukan soalan mengenai perkara paling luar biasa yang pernah dilakukan demi insan tersayang.
Apa perkara yang paling gila anda semua pernah buat sebab suka pada seseorang?
Jangan malu. Yang tak logik pun tidak mengapa, semua jawapan diterima.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Ikmal, 32, yang mengakui sanggup meninggalkan kehidupan lamanya demi cinta.
Tambah Ikmal, dia memilih untuk membina masa depan bersama insan yang dicintainya meskipun ketika itu usianya masih muda.
Saya tinggalkan dunia saya dibelakang untuk dia (isteri).
Saya mengejar masa depan bersama dia.
Dan ketika itu, saya hanya berusia 26 tahun.
Sekadar info, Ikmal sah bergelar suami kepada isterinya, Najla Shamsul pada 19 Disember 2020 di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata dan bakal menimang kehadiran anak ketiga dalam masa terdekat.
Sumber: Threads @ikmalamry
The post ‘Saya Tinggalkan Dunia Saya, Kejar Masa Depan Bersama Isteri’ – Ikmal Amry first appeared on OHBULAN!.





