29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azhar pertimbang saman cucu Nik Aziz, Harakahdaily

    Shopee Sale

    Ketua Umno Bahagian Beruas, Azhar Ahmad tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat serta portal rasmi PAS, Harakahdaily.

    Katanya dia mempertimbangkan tindakan itu berdasarkan hantaran akaun Tiktok @nikalifaiman.ariffahmi dan artikel Harakahdaily pada 1 Jun 2026 serta laporan polis yang dibuat terhadapnya, berhubung dakwaan dia menampar Nik Alif.

    “Saya sedang meneliti dan mendapatkan nasihat perundangan berhubung perkara tersebut bagi menentukan kesahihan fakta serta implikasi undang-undang yang berkaitan.

    “Saya juga tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan saluran undang-undang yang diperuntukkan sekiranya terdapat asas yang kukuh dan bukti yang mencukupi bahawa mana-mana pihak telah melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang, tidak terhad kepada fitnah, penyebaran maklumat palsu, atau tindakan yang menjejaskan reputasi dan kepentingan saya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Terdahulu Malaysiakini melaporkan Azhar menafikan dakwaan dia bertindak menampar Nik Alif seperti yang tular di media sosial.

    Menurutnya dakwaan kejadian itu – yang berlaku semasa program anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) – adalah fitnah jahat terhadap dirinya dan menegaskan dia tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

    “Anak ini sangat mesra dengan saya. Apa sebab saya nak tampar dia? Puluhan saksi ada dalam dewan itu, saya sangat mesra, sayang (dia) seperti anak sendiri.

    MENARIK:  Pejuang tak yakin PM bertegas pada Trump lepas aksi menari di KLIA

    “(Kejadian tersebut) Fitnah jahat terhadap saya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, malam tadi.

    Nik Alif, 23, sebelum itu mendakwa dia ditampar Azhar yang juga bekas senator kira-kira jam 6 petang pada 20 Mei lalu.

    Dia mendakwa kejadian itu berlaku di Institut Latihan Memperkasa Ummah di Janda Baik, Bentong, Pahang.

    Menurutnya, selepas selesai sesi bergambar di akhir program berkenaan, dif jemputan dan peserta bergerak turun dari pentas untuk ke dewan makan.

    Katanya, dia menegur Azhar sebagai tanda hormat dan memperkenalkan diri sebagai cucu Nik Abdul Aziz.

    “Selepas perkara tersebut dimaklumkan, berlaku perbualan berkaitan PAS dan saya mendakwa dia telah mengeluarkan kenyataan yang mengkritik PAS.

    “Tidak lama kemudian, secara tiba tiba, beliau telah menampar pipi kiri saya menggunakan tangan kanannya," katanya yang membuat laporan polis pada 30 Mei lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah