Di Malaysia, status sosioekonomi dan kelayakan menerima bantuan kerajaan ditentukan berdasarkan pengelasan pendapatan isi rumah bulanan yang ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), yang membahagikan rakyat kepada empat kategori utama iaitu Miskin Tegar, B40, M40 dan T20.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Mahu Kerja Lebih, Hanya Cukup-Cukup Makan’ – DMA Islam Sifatkan B40 ‘Mudah Kenyang’
Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Respon Cara Perbelanjaan Golongan B40 & T20 – ‘Rakyat Malaysia Kurang Pendedahan Tentang Kewangan’
Kategori

Tetapi bagaimanakah caranya untuk mengetahui kategori yang mewakili isi rumah dan pengiraan dibuat?
Merujuk kepada data rasmi DOSM, istilah B40, M40 dan T20 merujuk kepada pengelasan isi rumah berdasarkan tahap pendapatan bulanan di Malaysia yang digunakan sebagai asas penyaluran bantuan dan subsidi kerajaan.
Kumpulan B40 mewakili 40 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah di Malaysia yang berada dalam kelompok pendapatan terendah.
Had pendapatan bagi golongan itu adalah sekitar RM5,906 dan ke bawah sebulan.
Sementara itu, M40 merujuk kepada 40 peratus golongan pertengahan yang membentuk tulang belakang kelas menengah di Malaysia.
Walaupun mempunyai kedudukan ekonomi yang lebih stabil berbanding B40, kelompok ini sering dikaitkan dengan istilah ‘kumpulan tersepit’.
Had pendapatan mereka adalah antara RM5,907 hingga RM12,567 sebulan.
Dalam pada itu, kumpulan T20 mewakili 20 peratus isi rumah di Malaysia yang berada pada kedudukan pendapatan tertinggi.
Kelompok ini memegang peranan penting dalam menggerakkan ekonomi domestik melalui perbelanjaan dan pelaburan.
Pendapatan bagi kelompok ini adalah kira-kira RM12,568 dan ke atas sebulan.
Di bawah kategori B40, terdapat sub-kategori yang dikenali sebagai Miskin Tegar dan kategori ini merujuk kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) Makanan.
Ini bermakna pendapatan mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pemakanan asas harian.
Usaha kerajaan melalui pelbagai kementerian kini giat ditumpukan untuk mengeluarkan kelompok ini daripada garis kemiskinan secara noktah.
Sumber: eCentral
The post Kenapa M40 Digelar Kumpulan Tersepit? Ini Pecahan Pendapatan Isi Rumah Malaysia first appeared on OHBULAN!.





